Saturday, 14 May 2016

Video : Ramli Sarip Gegar @KhairyKj #HariBeliaNegara2016 #HBN2016 #TheFutureIsNow #OMtv

Padang Kawad Universiti Putra Malaysia Malam ini digegarkan dengan alunan suara emas 'Paparock', Datuk Ramli Sarip. Walaupun keadaan hujan turun disekitar pentas utama malam ini tidak mengugat semangat para peminat beliau untuk terus bersama berhibur dengan nyanyian beliau yang cukup digemari oleh semua lapisan umur.



Datuk Ramli bin Sarip merupakan bekas ahli kumpulan Sweet Charity dan kini lebih terkenal sebagai seorang penggubah/penerbit lagu dan artis solo. Dilahirkan pada 15 Oktober 1952 di Singapura. Beliau dikenali digelar peminatnya sebagai "Papa Rock". Beliau telah menghasilkan 9 album bersama kumpulan Sweet Charity dan kemudiannya 8 album secara solo.

Pada malam ini beliau diberikan kesempatan oleh pihak penganjur #HBN2016 Hari Belia Negara 2016 untuk mendendangkan beberapa buah lagu yang pernah dipopularkan oleh beliau dan kumpulannya di era 80an. Dikongsikan disini lagu 'Bukan Kerana Nama' yang dipopularkan pada tahun 1986.


Video : Ramli Sarip Gegar @KhairyKj #HariBeliaNegara2016 #HBN2016 #TheFutureIsNow #OMtv Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 14 May 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!