Sunday, 15 May 2016

VIDEO : Jangan Percaya Cerita Dalam Facebook! - Liyana Jasmay #HBN2016 #HariBeliaNegara2016 #TheFutureIsNow

Jangan mudah percaya kepada maklumat yang disebarkan di Facebook (media sosial) itu antara pesanan dari artis terkenal tanah air Liyana Jasmay, beliau adalah seorang pelakon dan penyanyi yang dilahirkan di Kuantan, Pahang, dan dibesarkan di Kuala Lumpur.

Beliau Pernah memenangi beberapa anugerah antaranya Festival Filem Malaysia ke-22 (2009) : Pelakon Wanita Terbaik (Filem Papadom), Anugerah Skrin 2009 : Pelakon Wanita Terbaik Filem (KAMI The Movie) dan Pelakon Filem Wanita Popular ABPBH 2009.

Liyana Jasmay (kanan) bergambar bersama Ketua Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negara, Datuk Hatipah Haji Ibrahim di Majlis Pelancaran Hari Belia Negara 2016 

Dalam temubual bersama beliau di #HariBeliaNegara2016, Beliau bersetuju dengan konsep yang dibawa pada Hari Belia Negara 2016 dimana beliau mengharapkan lebih banyak anak muda berfikiran kreatif dan menyalurkan kreativiti mereka mengikut saluran yang sepatutnya.

Dewasa ini rakyat Malaysia yang dilihat sangat ghairah untuk mempercayai maklumat yang disebarkan di media sosial secara membuta tuli.telah banyak kerosakan telah berlaku akibat fitnah yang disebarkan di media sosial dan akhirnya menyebabkan penyesalan yang tidak berguna kepada mereka yang mempercayainya.

Agama mendidik umatnya supaya jangan mudah percaya dengan maklumat yang disampaikan kepada mereka dan memberi pendapat dan spekulasi secara membuta tuli sebaliknya perlu menapis sesuatu maklumat tersebut berulang kali sehingga kesahihannya diketahui.

Liyana juga berpesan agar para pengguna media sosial khususnya para belia di Malaysia hari ini agar rajin membaca dan menginsafi apa yang telah terjadi diluar sana berbanding keamanan yang kita nikmati disini.



VIDEO : Jangan Percaya Cerita Dalam Facebook! - Liyana Jasmay #HBN2016 #HariBeliaNegara2016 #TheFutureIsNow Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 15 May 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!