Saturday, 14 May 2016

Suasana Meriah #HBN2016 Di Padang Kawad #HariBelia2016 #HariBeliaNegara #TheFutureIsNow #OMtv

Pada sebelah pagi hingga tengah hari ini sambutan Hari Belia Negara di Padang Kawad Universiti Putra Malaysia penuh dengan aktiviti aktiviti yang melibatkan wakil wakil belia dari pelbagai latarbelakang.


Antaranya adalah persembahan Kebudayaan oleh Malaysia International Youth Exchange (MIYE) dan Universiti Putra Malaysia Extravaganza Talent yang memukau para pengunjung.


Pada sebelah petang pula para pengunjung disajikan dengan kehadiran pelawak terkenal tanah air Rahim Sepahtu, Ebby Yus dan Sabri Yunus dalam program Dikir Barat Battle dan Caroot Komedia.

Aksi spontan dan bersahaja para penghibur berjaya menarik para pengunjung untuk sama ketawa walaupun cuaca agak panas. Tapi ia tidak membuatkan para pengunjung berganjak dari pentas utama di Padang Kawad UPM.






Pada sebelah malam ini akan berlangsungnya Malam Gema Nusantara bersama 'paparock' tanah air Ramli Sarip dan band iringan. Ayuh beramai ramai hadir pada malam ini jam 9.00mlm di Padang Kawad Universiti Malaysia, Serdang.


Suasana Meriah #HBN2016 Di Padang Kawad #HariBelia2016 #HariBeliaNegara #TheFutureIsNow #OMtv Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 14 May 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!