Sunday, 22 May 2016

SPAD Guna Pakar Untuk Siasatan Insiden Tren Kuala Kubu Bharu #SPAD #ETS

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menjalankan panel inkuiri bagi insiden antara tren Electric Train Service (ETS) dan Ekspres Rakyat di km322 berhampiran stesen Kuala Kubu Bharu yang telah berlaku pada 7 Mei 2016. 

Panel inkuiri tersebut terdiri daripada pakar-pakar industri seperti Lembaga Jurutera Malaysia (BEM), Institut Jurutera Malaysia (IEM), Kementerian Pengangkutan dan pihak akademik.



Seramai 10 penumpang cedera dalam kejadian pada hari tersebut apabila dua tren milik KTMB bertembung di Kuala Kubu Bharu selepas melalui Stesen Komuter Batang Kali.

Kemalangan itu membabitkan sebuah kereta api 13 gerabak yang bertolak dari Butterworth, Pulau Pinang menghala Kuala Lumpur dan sebuah kereta api ETS enam gerabak dari ibu negara ke Ipoh, Perak.

Pasukan bomba dari Balai Bomba Kuala Kubu Bharu dan Puchong dikejarkan ke tempat kejadian, selepas menerima panggilan pada jam 1.48 tengah hari hari tersebut. Pada ketika kejadian, terdapat 510 penumpang berada dalam kedua-dua kereta api itu.

Melalui hasil siasatan awal oleh KTM Berhad yang akan dibentangkan, panel inkuiri ini akan mengenal pasti punca insiden tersebut, serta kemungkinan kesilapan untuk mengikuti prosedur. Panel ini juga akan menyemak kecekapan tindak balas kecemasan dan menangani jurang keselamatan yang akan dikenalpasti ketika inkuiri dijalankan. Bagi membantu inkuiri ini, individu-individu yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung akan diminta untuk hadir bagi memberikan keterangan.

Insiden ini akan disiasat di bawah Seksyen 161 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD). Berdasarkan inkuiri insiden rel yang pernah dijalankan oleh SPAD, siasatan ini dijangkakan akan mengambil tempoh masa selama tiga (3) bulan.


SPAD Guna Pakar Untuk Siasatan Insiden Tren Kuala Kubu Bharu #SPAD #ETS Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 22 May 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!