Wednesday, 25 May 2016

#PRKKualaKangsar #PRKSungaiBesar "Beribu-ribu turun tetapi PAS kalah juga" - Ketua Pemuda Amanah

Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor memperlekeh kekuatan jentera pilihan raya PAS apabila menyifatkan ia bukan faktor utama kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar. 

Poster yang dikeluarkan oleh jentera PRK PAN
Ketua Pemuda Amanah negeri, Abbas Azmi, berkata mengambil contoh pada pilihan raya umum (PRU) lalu, PAS tewas di Parlimen Jerai, Kedah walaupun jentera parti itu berjaya menarik ribuan hadirin setiap kali ketika berkempen.

"Sekuat mana pun jentera PAS, jika ia tidak diterima pengundi, mereka (PAS) akan kalah juga. Walaupun jentera Amanah sedikit, tetapi ia bukan ukuran. Ini kerana, akhirnya yang akan mengundi dan membuat keputusan ialah pengundi itu sendiri. 


"Kita semua tahu sudah menjadi budaya PAS, setiap kali mereka berkempen atau berceramah, beribu-ribu akan turun mendengar, tetapi mereka kalah juga di Kedah," katanya pada sidang media di sini, hari ini. 


Mengulas lanjut, Abbas berkata, Amanah Selangor tetap dengan pendirian untuk bertanding pada PRK Parlimen Sungai Besar dan semua kerusi milik PAS di negeri ini pada PRU akan datang. "Amanah adalah pengganti PAS, jadi semua kerusi PAS di negeri ini akan jadi milik Amanah," katanya.


Parti Amanah Negara (PAN) mahu membuktikan kemampuan parti itu pada pilihanraya kecil kali ini dan bukannya mengikut langkah PAS yang sekadar melakukan tuntutan semata-mata.

Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Samad berkata, parti yang baru sahaja ditubuhkan itu harus membuktikan kemampuan bahawa ia layak menggantikan PAS dalam gabungan parti politik pembangkang.

“Ianya sering disebut, PAN pengganti PAS dan mengambil kedudukan dalam PH (Pakatan Harapan) seperti yang pernah diambil PAS dalam PR (Pakatan Rakyat). Itu sekadar dakwaan dan tuntutan semata. Janganlah pula PAN menjadi seperti PAS yang mendakwa ini dan menuntut itu,” katanya.

Menulis di blog, Ahli Parlimen Shah Alam itu juga menyatakan PRK ini memberikan peluang untuk PAN memperolehi kedudukan di hati rakyat.

“Buktikan perjuangannya ada tempat dan sokongan di hati rakyat. Buktikan PAN mampu menggantikan PAS. Dan sekiranya ia dibuktikan, tiada lagi alasan untuk mana-mana pihak melayani kerenah ‘ke sana sini’ PAS,” jelas beliau lagi.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Shah Alam itu juga menyatakan, PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar ini juga akan menjadi ujian buat kedudukan tidak menentu PAS.

“Selepas PRK ini PAS terpaksa membuat keputusan, kerana keadaan aneh dan janggal mereka tidak boleh berterusan selamanya.

“Perhubungan songsang seperti ini mesti dimuktamadkan. Apakah sebenarnya pendirian PAS? Adakah mereka bersama pembangkang yang ingin menjatuhkan kerajaan BN?

“Atau bersendirian dengan tujuan mendapat kerusi yang cukup untuk menjadi penasihat BN seperti dakwaan Datuk Seri Abdul Hadi Awang semasa PRN negeri Sarawak atau berhajat mencipta Blok ke 3 yang terdiri dari pihak yang hanya sanggup dipimpin PAS?” soalnya.

BH/AD
25/5/2015 
#PRKKualaKangsar #PRKSungaiBesar "Beribu-ribu turun tetapi PAS kalah juga" - Ketua Pemuda Amanah Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 25 May 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!