Thursday, 19 May 2016

Orang Kelainan Upaya (OKU) Diterima Berkerja Oleh McDonald's Malaysia #McDonalds

Orang Kelainan Upaya (OKU) sering dipinggirkan dalam sektor perniagaan dan ada yang beranggapan mereka tidak layak untuk diberi ruang dalam bidang perkerjaan, Jika adapun mereka hanya dibenarkan berkerja dalam sector pembuatan seperti kraf tangan dan seumpamanya.

Berbeza dengan perspektif yang dilihat oleh McDonald’s Malaysia yang menerima warga istimewa ini sebagai salah seorang ‘anggota keluarganya’. Nabil atau Muhammad Nabil Bin Rosli yang mengidap penyakit ‘Cerebral Palsy’ iaitu penyakit yang menyebabkan gangguan gerakan, otot, atau pertuturan yang disebabkan oleh kecederaan atau perkembangan abnormal pada otak, ia sering terjadi sebelum kelahiran. Tanda dan gejala muncul selama masa bayi atau prasekolah.

Nabil diterima berkerja di McDonald’s Puncak Alam, Selangor. Walaupun digelar status OKU Nabil adalah seorang yang aktif dalam bersukan terutama olahraga dan bola sepak.

Nabil adalah contoh insan yang berjaya dalam peluangnya. Beliau adalah diantara pekerja McDonald’s yang aktif , mesra pelanggan dan mudah bergaul.

Nabil yang mempunyai sikapnya yang peramah dan seorang yang pembersih ini membuatkan restoran McDonald’s cawangan Puncak Alam mempunyai keistimewaanya yang tersendiri.


Meminati muzik rock? Ya, Nabil meminati lagu dan penyanyi rock tanah air Awie dan sekiranya diberikan peluang untuk menemui penyanyi itu satu hari nanti , diharapkan permintaan Nabil ini mendapat perhatian Awie.

Nabil turut meminat pasukan Kelab Johor Darul Takzim (JDT) dan pemain bola sepak Argentina, Lionel Messi.

Mengikut sumber, McDonald’s mempunyai seramai 90-100 orang pekerja OKU yang mana 70% bekerja separuh masa dan 30% sepenuh masa di seluruh Malaysia.

McDonald’s Malaysia berpendapat peluang mesti diberikan kepada para golongan ini dan antara insiatif yang dibuat oleh pihak pengurusan McDonald’s Malaysia antaranya menjalinkan kerjasama dengan beberapa badan NGO dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Tidak hanya disitu, McDonald’s juga menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyrakat, Malaysian Care Training Centre, Cheras, United Voice, Petaling Jaya, Persatuan Kanak-kanak Istimewa Kajang (PKIK), PERKESO menerusi program Return to Work (RTW) dan Job Coach Network Malaysia.

Apa yang dilakukan oleh pihak McDonald’s ini adalah bertujuan untuk memastikan golongan ini tidak dipinggirkan dalam mencari peluang agar mereka boleh berdikari dan membina keyakinan diri mereka dalam masyarakat.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Restoran McDonald’s kerana menerima insan seperti Nabil menjadi sebahagian keluarga besar McDonald’s.




Orang Kelainan Upaya (OKU) Diterima Berkerja Oleh McDonald's Malaysia #McDonalds Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 19 May 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!