Saturday, 28 May 2016

MCA Tidak Menentang Islam - Chong Sin Woon

Ketua Pemuda MCA, Senator Chong Sin Woon hari ini berkata, Timbalan Pengerusi MCA Kedah, Datuk Dr Leong Yong Kong yang mengumumkan keluar parti semalam tidak sepatutnya mengikut emosi dan perasaan semasa membuat keputusan tidak tepat sebagai reaksi terhadap Pembentangan usul Rang Undang-undang Persendirian berkaitan RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016.

"Wira sebenar terus berjuang," Kata Ketua Pemuda MCA yang turut memaklumkan bahawa Pengerusi MCA Kedah, Datuk Lee Chee Leong, telah bertemu dengan Leong bagi membincangkan akan perkara itu.lapor Bernama.

Datuk Dr Leong Yong Kong yang merupakan Adun Gurun, mengumumkan keluar daripada MCA dalam satu sidang media di Alor Setar kerana tidak berpuas hati dengan pembentangan Rang Undang-Undang tersebut.

Sin Woon menegaskan, MCA tidak berhasrat untuk campur tangan dalam hal ehwal Islam selagi ia masih berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan.


"Saya tegaskan bahawa kami tidak menentang Islam dan jangan jerumuskan kami ke dalam konflik agama. Ini adalah pendirian BN dan ia tidak pernah terjejas. Isu hudud bukan agenda kita tetapi Pas," tambahnya.
MCA Tidak Menentang Islam - Chong Sin Woon Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 28 May 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!