Friday, 20 May 2016

MCA Bantu Kembalikan Keyakinan Pengundi Cina #MCA #PRKKualaKangsar

Pilihan raya kecil (PRK) bagi Parlimen Kuala Kangsar dan Parlimen Sungai Besar bakal akan diadakan pada 18 Jun 2016. Hal ini sudah tentu akan melibatkan ramai pertugas bagi membantu dan melancarkan gerak kerja kempen bagi memastikan kedua – dua Parlimen ini menang dan seterusnya kekal milik Barisan Nasional (BN).


Sarawak dan Sabah telah menyatakan sokongan dan kesediaan untuk membantu Barisan Nasional dengan menyediakan jentera bagi membantu parti – parti utama dari semenanjung tanpa mengambil kira dari parti mana kerana matlamat untuk mempastikan Barisan Nasional menang. 

Parti kedua terbesar di dalam komponan Barisan Nasional yang mewakili kaum Cina di Malaysia iaitu parti MCA tidak terkecuali. Bagi mempastikan kemenangan besar, MCA akan menyediakan jentera untuk sama – sama membantu di kedua – dua parlimen yang di pertandingkan ini.

Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, telah melafazkan janjinya selepas beliau merasmikan Karnival Jon JPJ peringkat Negeri Pahang di Dataran Tras, Bentong, Pahang.

“Bagi mempastikan Barisan Nasional mendapat sokongan serta meraih kemenangan, MCA akan turun sampai ke peringkat akar umbi, ini dilakukan bagi menjamin masa depan dan pembangunan negara ” 

“Satu mesyuarat telah diadakan di peringkar BN berhubung dengan PRK Sungai Besar dan MCA berjanji akan memberi sokongan padu kepada calon UMNO”

Pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar diadakan kerana peristiwa kemalangan helikopter sewaktu kempen pilihan raya negeri Sarawak di Sebuyau pada 15 Mei lalu. Kemalangan ini melibatkan penyandangnya, Timbalan Menteri Perusahaan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon serta Datuk Mohammad Khairil Wan Ahmad. Dimana kedua – dua mereka telah terkorban dalam nahas tersebut.

MCA berperanan untuk mempastikan undi kaum Cina kembali kepada Barisan Nasional sebagaimana yang telah berjaya mereka lakukan sewaktu pilihan saya kecil Teluk Intan. Undi kaum Cina meningkat sangat ketara dalam pilihan raya kecil tersebut.
Kesungguhan serta kerja keras rakan – rakan dan ahli MCA dalam kedua pilihan raya kecil ini akan mengembalikan semula keyakinan kaum Cina terhadap parti MCA dan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional.
MCA Bantu Kembalikan Keyakinan Pengundi Cina #MCA #PRKKualaKangsar Daeng Selili Rating: 5 Friday, 20 May 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!