Saturday, 14 May 2016

Malam Belia Berselawat Berjaya #HBN2016 #TheFutureIsNow #OMtv



Semalam, 13 Mei 2016 bertempat di Padang Kawad Universiti Putra Malaysia berlangsungnya program Malam Belia Berselawat 3.0. Program yang bermula pada jam 8.00 malam ini menghimpunkan seluruh umat Islam untuk sama-sama berzikir memuji Allah dan berselawat ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad SAW khursusnya yang berada disekitar UPM. Majlis ini bersempena dengan sambutan Hari Belia Negara 2016 yang mana kali ini Universiti Putra Malaysia julung julung kalinya menjadi tuan rumah.


Istimewanya, program malam ini akan menampilkan Ustaz Mohamad Khu Shairi Hamthan iaitu Penceramah berasal Dari Rantau Negeri Sembilan yang juga Mudir/Pengasas Madrasah Azzein Seremban Negeri Sembilan. Bagi yang tidak asing pada nyanyian nasyid beliau juga adalah Vocal Utama Kumpulan Qasidah Al-Ulfah.



Turut bersama pada mala mini juga Habib Najmuddin Othman Al-Khered menyandang jawatan Mudir di Madrasah At Tazkiah Cawangan Darul Mustafa, Pantai Dalam Kuala Lumpur. Beliau adalah pengarang dan Terjemahan Kitab Tazkirul Mustafa (Habib Altas Al Habsyi). Sabil Rasyad wa Hidayah ( Habib Ahmad bin Zein Al Habsyi).


Ditampilkan juga persembahan nasyid oleh kumpulan nasyid terkenal tanah air. Kumpulan In-Team merupakan sebuah kumpulan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu nasyid dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Arab.

Diharap majlis seperti ini banyak diadakan pada masa yang akan dating tidak mengira masa dan tempat kerana ini sebagai salah satu cara untuk menyerlahkan rasa cinta kita pada Allah dan RasulNya dengan menyokong majlis ilmu seperti ini. Kepada penganjur #HBN2016 tahniah atas perlaksanaan majlis pada malam ini.

Gambar suasana malam ini : Klik Sini
Malam Belia Berselawat Berjaya #HBN2016 #TheFutureIsNow #OMtv Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 14 May 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!