Sunday, 22 May 2016

LRT3 Dijangka Siap Menjelang Tahun 2020 #LRT3 #Prasarana #SPAD

Cadangan Transit Aliran Ringan Laluan 3 (LRT3) merupakan projek yang dibangunkan selaras dengan Pelan Pembangunan Rel Bandar di bawah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. Ia adalah sebahagian daripada Pelan Induk Nasional Pengangkutan Awam Darat ke arah pembangunan sistem pengangkutan awam darat yang cekap, efisien, bersepadu dan mapan bagi meningkatkan tahap sosio-ekonomi dan kualiti hidup yang lebih baik. Ia bertujuan untuk menghubungkan Bandar Utama ke Klang dengan jarak keseluruhan 36km dan merangkumi 25 buah stesen. Kerja-kerja pembinaan dimulakan pada tahun 2016 setelah mendapat kelulusan daripada pihak berwajib dan dijangka siap menjelang tahun 2020.



LRT3 merupakan saah satu daripada inisiatif bagi mengukuhkan kecekapan rel dan menyokong usaha dalam meningkatkan perkongsian mod pengangkutan awam kepada 40% menjelang 2030 berbanding 21% pada masa kini.



Ia akan berfungsi sebagai tulang belakang bagi memberikan perkhidmatan antara kawasan Koridor Barat Lembah Klang dengan pusat bandar Kuala Lumpur menerusi integrasi di 5 buah stesen termasuklah One Utama dengan MRT Laluan Sg. Buloh-Kajang, Stesen 3 dengan LRT Laluan Kelana Jaya, Stadium dan SIRIM dengan BRT Kuala Lumpur-Klang,serta Klang dengan KTM Komuter Laluan Batu Caves-Pelabuhan Klang.


Ia dapat mengurangkan kesesakan trafik di sepanjang lebuhraya dan jalan-jalan utama ke pusat bandar Kuala Lumpur.4.Ia memberi akses pengangkutan yang baik terutamanya ke tempat kerja, kawasan komersil, kawasan perumahan, institusi pendidikan dan kawasan rekreasi.


Manfaat LRT3:

1. Meningkatkan kemudahan perjalanan yang efisien dalam membantu masyarakat untuk memenuhi matlamat dan keperluan peribadi.
2. Mengurangkan tekanan dan kesesakan trafik 

3. Menggalakkan pembangunan dan kegiatan ekonomi serta meningkatkan produktiviti.
4. Menggerakkan lebih ramai penumpang berbanding mod pengangkutan lain pada kadar 36,720 penumpang sejam.



Jajaran: 


Sisihan Piawai Jajaran : 30 Meter




Persemboyanan dan Komunikasi:

1. Kawalan Tren Berasaskan Komunikasi (CBTC) dengan Sistem Kawalan Tren Automatik (ATC)
2. Sistem Paparan Maklumat untuk Penumpang (PIDS)
3. Sistem Siaraya (PA System)


Stok Kereta:

1. Modular (2/4/6 gerabak) - Tembus lalu hujung ke hujung
2. Kelajuan Operasi Maksimum : 70km/jam
3. Kapasiti : 12,240 Penumpang setiap Hala setiap jam (PPHPD)
4. Kekerapan Minimum : 120 saat


Ciri-ciri Keselamatan:

1. Sistem-sistem Pengesanan Pencerobohan/Pintu Skrin Platform
2. Sistem Televisyen Litar Tertutup (CCTV)
3. Sistem Perlindungan Kebakaran


Sistem Bas Pengantara:

1. Merangkumi dan meliputi kawasan yang lebih meluas melebihi jarak berjalan kaki (lebih 400m)
2. Jangka masa perjalanan - Maksimum 30 minit
3. Jarak jangkauan (Jejari) - 3.0km dari stesen
4. Sistem tiket tanpa tunai
Kemudahan di Stesen

Jenis Stesen: 

1. 24 buah stesen di atas landasan ternaik (elevated stations) dan 1 buah stesen di bawah tanah (underground station) 
2. Berintegrasi (KTM Komuter, LRT Laluan Kelana Jaya, BRT Kuala Lumpur - Klang, MRT Laluan Sg. Buloh - Kajang) 


Kemudahan mengambil dan menurunkan penumpang: 

1. Hentian sebelah untuk bas dan teksi 
2. Parkir dan Gerak (Park & Ride / P&R) 
3. Turunkan & Gerak (Kiss & Ride / K&R) 
4. Kawasan letak kereta khas bagi Orang Kelainan Upaya (OKU) 


Laluan / Jambatan untuk Pejalan Kaki: 

1. Laluan berbumbung 
2. Jambatan untuk pejalan kaki 
3. Kemudahan untuk OKU(laluan taktil, tanjakan (ramps) mengikut keperluan) 
4. Pencahayaan yang mencukupi & ciri-ciri keselamatan 


Kemudahan awam: 

1. Lif & eskalator 
2. Tanjakan (ramps) untuk OKU 
3. Tandas awam 
4. Surau & tempat wudhuk 
5. Pusat khidmat pelanggan 
6. Kawasan niaga 
7. Telefon awam 

Jualan tiket & tambah nilai: 

1. Mesin Jualan Tiket 
2. Kaunter Tiket 

baca lagi info di : http://lrt3.com.my/v14/


Fakta Menarik LRT3:-






LRT3 Dijangka Siap Menjelang Tahun 2020 #LRT3 #Prasarana #SPAD Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 22 May 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!