Monday, 23 May 2016

Kerajaan Beri 30 Peratus Diskaun Tambang Bas Antara Bandar Hingga Hujung Tahun Ini #SPAD

Kerajaan akan melanjutkan diskaun 30% bagi pengguna perkhidmatan bas antara bandar bagi laluan dari Rawang, Klang dan Seremban ke Kuala Lumpur mulai 1 Mac 2016 sehingga 31 Disember 2016. 


Inisiatif yang diperkenalkan pada 1 September 2015 ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan untuk meringankan kos perjalanan harian bagi pengguna yang menetap di kawasan pinggir bandar dan yang bekerja di pusat bandar Kuala Lumpur. Disamping itu, diskaun ini juga bertujuan untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam secara lebih meluas dan akan memberi manfaat kepada orang ramai yang memilih pas bulanan bagi perjalanan mereka. 

Pengguna yang berminat boleh membeli pas bulanan daripada pengendali pilihan, seperti tertera di jadual yang berikut: 


Nota :

*LALUAN KHAS : Perkhidmatan langsung dari dan ke Terminal – Kawasan Pejabat / Kawasan Perumahan ke Pejabat 
**BET 5: Bandar Tasik Puteri – Country Home – Kuala Lumpur
BET 6: Bukit Beruntung – Kuala Lumpur 

Diskaun ini adalah tertakluk pada terma dan syarat, dan ianya terbuka untuk semua warganegara Malaysia yang menetap di Seremban, Klang dan Rawang dan bekerja di Kuala Lumpur. Borang aplikasi boleh dimuat turun melalui www.spad.gov.my. Di samping itu, borang aplikasi juga boleh didapati di kaunter tiket pengendali bas yang yang ditetapkan sepertimana dalam jadual diatas.
Kerajaan Beri 30 Peratus Diskaun Tambang Bas Antara Bandar Hingga Hujung Tahun Ini #SPAD Daeng Selili Rating: 5 Monday, 23 May 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!