Thursday, 19 May 2016

Kanak Kanak Sumbing Terima Tajaan Rawatan McDonald’s Malaysia #McDonalds

McDonald’s Malaysia adalah antara penyumbang tetap kepada masyarakat dalam sesi beberapa program, antarnya Ronald McDonald’s “Gift of Smile” iaitu satu program bantuan kepada kanak kanak yang kurang bernasib baik dilahirkan dengan kecacatan sumbing bibir dan lelangit.

Rawatan segera dapat membantu kanak kanak ini daripada mengalami masalah pertuturan dan sememangnya kita maklum anak ini bakal mengalami tekanan psikologi kerana kecacatan itu.

RMHC Malaysia telah membiayai sepenuhnya kos pembedahan buat kanak-kanak yang layak daripada golongan keluarga yang berpendapatan rendah dengan kerjasama antara Hospital Pantai Kuala Lumpur dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) .

Program ini telah diperkenalkan sejak tahun 2004 dan seramai 350 orang kanak kanak yang kurang kurang bernasib baik ini telah menjalani penbedahan yang sesuai dengan kecacatan yang dialami dan kos perbelanjaan yang dikeluarkan mencecah hingga RM 3 Juta.

Program ini terbahagi kepada dua peringkat. Bagi peringkat satu, ia melibatkan pembedahan pembetulan sumbing bibir dan lelangit di peringkat awal dimana kos pembedahan ini dibiayai sepenuhnya oleh RMHC Malaysia. 

Yang lebih memudahkan, kos penginapan dan pengangkutan juga ditanggung oleh pihak RMHC bagi keluarga yang datangnya dari luar Lembah Klang.


Untuk peringkat dua pula, program ini adalah lanjutan untuk kanak-kanak yang telah menjalani pembedahan pembetulan sumbing bibir dan lelangit di peringkat satu dalam tempoh lima tahun sebelumnya. Dan segala kos pembedahan ortodontik dan tulang rahang, dibiayai sepenuhnya oleh RMHC Malaysia dengan kerjasama Hospital Pantai Kuala Lumpur.


Lebih 10 Kanak kanak dipilih dalam setiap tahun untuk menjalani pembedahan ini dan pihak RMHC terus berusaha untuk meningkatkan jumlah ini dimasa akan datang.

Kita para ibu bapa dan insan yang tidak merasai kesulitan terhadap masalah kecacatan ini mungkin tidak tahu apa yang mereka mereka lalui. Ada diantara kita lebih gemar menceritakan perihal buruk dan khabar angin yang tidak baik terhadap McDonald’s tanpa merujuk fakta dan sumber yang boleh dipercayai seperti tuduhan tuduhan liar berkenaan McDonald’s Malaysia dengan agenda penaklukan Zionis di Palestin. Sehingga hari ini masih tiada sebarang bukti dan fakta yang kukuh terhadap tuduhan tersebut.

McDonald’s Malaysia tidak pernah terlibat dengan sebarang agenda politik mahupun krisis mana mana Negara, malah McDonald’s Malaysia berterusan membantu masyarakat Malaysia dengan program program kebajikan seperti ini.

McDonald’s mahu semua senyuman kanak-kanak dinegara ini sentiasa terukir untuk menghiasi perjalanan hidup dalam kedewasaan mereka.

Baca juga :

#RMHC #McDonaldsMalaysia Kenali 'The Charities Ronald McDonald House Malaysia' :
 http://daengselili.blogspot.my/2016/02/rmhc-mcdonaldsmalaysia-kenali-charities.html
Kanak Kanak Sumbing Terima Tajaan Rawatan McDonald’s Malaysia #McDonalds Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 19 May 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!