Sunday, 15 May 2016

JELAJAH KAMPUS 'Note Dari Chief' - @KhairyKj #TheFutureIsNow #HariBeliaNegara2016 #RakanMuda #HBN2016 #OMtv

JELAJAH KAMPUS - NOTE DARI CHIEF :-


Pelajar universiti merupakan komponen penting dalam pembangunan belia Malaysia. Sebagai salah satu daripada lapan kumpulan sasaran Dasar Belia Malaysia, belia berpengajian tinggi adalah kayu aras, teras utama dan pemimpin dalam pendekatan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) merangka dan melaksana program program pembangunan anak muda.

Oleh itu, Rakan Muda dalam melaksan objektif ‘Showcase of Talent’ akan menjelajah enam (6) kampus pengajian tinggi di seluruh Negara untuk mengenalpasti, mengasah dan menghargai bakat muda belia bermula disana. Jelajah ini diharapkan dapat member inspirasi kepada anda semua untuk menjalankan projek projek baharu yang dapat member impak positif kepada msayarakat sekeliling.

Ramai mentor dan penggerak masyarakat yang akan bertandang ke kampus anda. Jika yang minat tentang teknologi baharu seperti robotics dan pencetakan 3D, anda boleh belajar menggunakan teknologi ini di bengkel yang disediakan.

Suka ambil gambar?Rakan Muda akan membawa pakar untuk mengajar teknik-teknik untuk menjadikan gambar anda cantik dan mempunyai nilai pasaran. Yang minat bertukang atau menggunakan kemahiran tangan juga boleh belajar cara membuat tembikar dan kerja kayu dari mentor Rakan Muda yang dibawakankan khas untuk anda. Loque dan mentor lain juga akan mengadakan bengkel bagi menggilap bakat belia yang meminati muzik dan seni.

Selain daripada menyertai bengkel bengkel ini, Jelajah Kampus juga bakal mendekati anak muda melalui kehadiran tokoh politik, usahawan dan sukan serta artis yang akan membuat persembahan muzik. Pelbagai peniaga juga akan terlibat sama di bazar dan kawasan food truck yang bakal disediakan, semua untuk anda.

Pelbagai aktiviti ini dilaksanakan untuk satu tujuan, untuk memperagakan bakat belia berdasarkan konsep Dari Belia untuk Belia, Selagi anda tidak sedar apa bakat anda, selagi anda tidak mengasah bakat anda, dan selagi anda tidak tahu bagaimana untuk menggunakan bakat anda bagi kebaikan masyakat sekeliling, selagi itu pembangunan belia di Malaysia tidak dapat mencapai potensi keseluruhannya.

Maka apa tunggu lagi? Sertai Jelajah Kampus Raan Mudaberdekatan untuk melihat sendiri segala perkhidmatan dan keseronokkan yang ditawarkan. Saya yakin anak muda di Malaysia inigin melakukan perubahan positif kepada Negara tercinta kita ini. Inilah waktu anda!

#TheFutureIsNow

Khairy Jamaluddin
Menteri Belia dan Sukan Malaysia
(Note Dari Chief)


JELAJAH KAMPUS : Hari Belia Negara 2016 - Universiti Putra Malaysia, Serdang!
15 Mei 2016 10 Pagi - 7 Malam.

Hari ini di UPM Serdang, Empat (4) Highlight yang difocuskan dalam acara hari ini :-

Persembahan Muzik (Pentas)
Artis tanah air MonoloQue kembali ke pentas Jelajah Kampus dengan muzik rock elektro Malaysiana. Kali ini, dia akan bersama 3 lagi nama pengiat muzik tanah air iaitu OAG, Najwa Latif dan Estranged.


Bengkel
Disini para pengunjung akan membina berbagai bagai benda di siri bengkel Makespace antaranya kerusi kanvas tripod, poster monokrom, miniature making dan terapan besi (Metal Stamping). Bengkel pertukangan kayu dikelolakan oleh saudara Izat Arif dan Rizal Sufar.

Juga dibawakan juga juruphoto terkenal saudara Faliq Fahmi dan Sher bagi sekmen ilmu fotografi mudah alih.




Galeri (Pameran)
Diadakan pameran koleksi Fusion Wayang Kulit yang memaparkan watak 'Star Wars' seperti Darth Vader. Mural 3D juga ditampilkan dalam pameran pada hari ini dan tidak lupa #ProjekPiringHitam.



Meet Dan Cerita
TAPAUtv mengadakan ceramah moovasi yang dipanggil TAPAUTalks bersama artis, ahli sukan, pemimpin pendapat utama dan usahawan belia.



Hadirin yang dilaporan mencecah hampir 5,000 - 7,000 Orang dalam jelajah kampus pada hari ini. Turut disediakan bazar dan foods truck untuk para pengunjung menikmati juadah secara santai.



Gambar sumber :



Turut sama dalam #JelajahKampus @ UPM pada hari ini, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negara (Bahagian Pembangunan Rakan Muda) Kementerian Belia Dan Sukan YM Dato' Engku Mohd Azmi B. Engku Mohd Basri yang merasai sendiri teknik dan penghasilan bahan kreatif yang diadakan dalam pameran pada hari ini.

YM Dato' Engku Mohd Azmi mencuba sendiri cara menggunakan sekuji dan blok cetakan (silk screen) yang dipertunjukkan dalam pameran hari ini.


JELAJAH KAMPUS 'Note Dari Chief' - @KhairyKj #TheFutureIsNow #HariBeliaNegara2016 #RakanMuda #HBN2016 #OMtv Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 15 May 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!