Friday, 20 May 2016

DAP TIdak Pernah Telus! #MCA #PRKKualaKangsar

DAP Belum Pernah Tunjuk Ketelusan Dan Tindakan Mereka Lagi - Datuk Leong Kim Soon.

Setiausaha Agong Pemuda MCA, Datuk Leong Kim Soon telah menempelak parti DAP kerana sepatutnya sebagai kononya parti yang bermaruah DAP sepatutnya menunjukkan contoh mereka dengan berkemampuan mengambil tindakan terhadap kes salah laku ahli – ahlinya.

Banyak laporan terhadap penjawat jawatan parti mereka serta aduan dan komplen khususnya berkaitan dana yang mereka pernah kutip kerana tidak pernah dinyatakan jumlahnya. Hal ini nyata memperlihatkan DAP tiada keberanian dalam menangani permasalahan ini.

Setiausaha Agung Pemuda MCA, Datuk Leong Kim Soon menyatakan bahawa sehingga kini rakyat masih belum pernah lihat apa jua bentuk tindakan serta siasatan DAP terhadap anggota ahli mereka yang terlibat dalam isu penyelewengan atau pun disyaki bersalah.

Datuk Leong juga turut mempersoalkan, adakah DAP cuba mendapat pujian dari kes yang membabitkan ahli Teluk Kemang, Loh Chee Heng yang telah dipecat oleh mereka.

Dalam hal yang membabitkan aduan, Pemuda MCA telah memberi satu persoalan, “secara jujur berapakah aduan mulut atau melalui laporan akhbar yang menyatakan DAP sudah terima lebih dari sejumlah 100 Yang Berhormat mereka berkenaan permasalahan ini samada dari kerajaan pusat mahupun negeri?”

Datuk Leong merasa hairan dan bertanya kepada DAP, “kenapa DAP sangat berahsia terhadap aduan ini dan hanya memilih kes tertentu untuk dikambin hitamkan”.

Dalam perkara ini Datuk Leong juga mempersoalkan “kenapa badan disiplin DAP tidak mengambil tindakan terhadap DAP Kajang, En Lee Kee Hiong dimana selepas Tsunami politik 2008, beliau telah menguruskan kesemua peruntukkan dana EXCO Ean Yong Hian Wan untuk kawasannya apatah lagi Lee telah mengaku bahawa, Pak Cik nya iaitu Pengarah kepada WSK Services, Lee Wye Wing telah diberi banyak projek di bawah harga RM20,000 di Kajang”

DAP telah menerima dan menyiasat aduan yang diterimannya ini pada bulan Mac dan ternyata ianya berasas. Tetapi hairan kerana tiada sebarang tindakan dibuat.

DAP yang lazimnya pandai bermuka – muka dan bersikap “double Standard”, mereka hanya bijak menyuarakan kesalahan dan andaian salah laku parti – parti lain tetapi tiada sejarah yang memperihatkan DAP telah mengambil tindakan untuk menunjukkan mereka telus kepada kesalahan parti mereka sendiri.
DAP TIdak Pernah Telus! #MCA #PRKKualaKangsar Daeng Selili Rating: 5 Friday, 20 May 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!