Thursday, 12 May 2016

Bank Dunia Mahu Contohi Malaysia

BANK DUNIA MAHU CONTOHI KEJAYAAN MALAYSIA KEMBANGKAN PRODUK KEWANGAN ISLAM

1. Kemampuan Malaysia dalam memastikan hampir keseluruhan rakyatnya mempunyai akses perkhidmatan kewangan termasuk produk-produk patuh syariah dikagumi Bank Dunia.

2. Berucap di Forum Institusi Global yang diadakan sempena Forum Kewangan Islam Global (GIFF) 5.0 pada 11 Mei 2016, Pengarah Amalan Global Pasaran dan Kewangan Bank Dunia, Sebastian Molineus, berkata, kejayaan Malaysia itu boleh dilaksanakan terutamanya di negara-negara Islam yang dianggarkan mempunyai lebih 680 juta penduduk yang belum mempunyai akses kewangan atau perbankan. 

3. Kira-kira 80 peratus hingga 90 peratus penduduk negara ini mampu mendapatkan akses perkhidmatan perbankan dan merupakan satu pencapaian baik negara juga menjadi sebab mengapa Bank Dunia membuka pejabat serantaunya di Kuala Lumpur.

4. Kewangan Islam di peringkat global berpotensi untuk dikembangkan jika meniru pengalaman Malaysia dalam menyediakan akses perkhidmatan kewangan kepada rakyatnya dalam menggunakan produk-produk patuh syariah.

5. Perkhidmatan kewangan Islam agak meluas dan saling melengkapi antara satu sama lain, misalnya pinjaman dan takaful kerana memudahkan sistem kewangan berkenaan untuk dibangunkan dan Malaysia sedia membantu negara-negara Islam dan Asia lain untuk menerokai pasaran sukuk, demi menjadikan bon Islam altenatif baharu selain bon konvensional.


Bank Dunia Mahu Contohi Malaysia Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 12 May 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!