Friday, 20 May 2016

17 Sekolah Dalam Laluan Sg. Buloh Hingga Kajang #KVMRT #SPAD #GMC

Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) akan memberi manfaat langsung bagi pelajar-pelajar daripada 17 sekolah.


Ini amat memberi makna kepada para pelajar yang berulang alik balik dari Sekolah secara tidak langsung meminumkan penggunaan kereta sendiri untuk ke sekolah (terutama ibu bapa). Sebelum ini pihak #KVMRT membuat uji pandu tren ini dengan meletakkan bag pasir untuk mendapatkan berat sebenar tren tersebut semasa uji pandu dan tren ini dapat membawa 1,200 penumpang dalam satu masa dan membuat perjalanan selama 120 jam tanpa henti.

Sekolah/Tempat pengajian yang bakal menikmati perjalanan melalui #KVMRT ini antaranya :-

1. SJK (T) Saraswathy.
2. Sri KDU International School.
3. SMK Bandar Utama Damansara (4).
4. SM Stella Maris.
5. SJK (C) Jalan Davidson.
6. SMJK (C) Confucian.
7. Victoria Institution.
8. SMK Cochrane Perkasa.
9. SMK Cochrane.
10. SMK Yaacob Latif.
11. SK Yaacob Latif 1 & 2.
12. SMK Convent Jalan Peel.
13. SK Seri Cheras.
14. SK Convent.
15. SM Convent.
16. SK Jalan Bukit 1.
17. SMK Jalan Bukit.



Jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang

JAJARAN pertama yang dilaksanakan untuk projek MRT Lembah Klang adalah jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang dengan jarak 51km.

Jajaran ini bermula dari Sungai Buloh di barat laut Kuala Lumpur, melalui pusat bandar raya dan berakhir di Kajang, sebuah bandar yang pesat membangun di tenggara Kuala Lumpur.

Sepanjang 9.5km jajaran ini akan dibina bawah tanah. Terdapat 31 stesen di sepanjang stesen ini, di mana tujuh adalah stesen bawah tanah. Fasa pertama jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang dari stesen Sungai Buloh hingga stesen Semantan, akan beroperasi pada akhir 2016. Fasa kedua dari stesen Semantan ke stesen Kajang akan beroperasi pada Julai 2017 dan ini akan membolehkan tren beroperasi di seluruh jajaran.

Setiap tren mempunyai empat gerabak dengan kapasiti penumpang sebanyak 1,200 orang. Jumlah penumpang dijangka mencecah kira-kira 400,000 orang setiap hari. Kekerapan tren dijangka setiap 3.5 minit apabila dilancarkan.

17 Sekolah Dalam Laluan Sg. Buloh Hingga Kajang #KVMRT #SPAD #GMC Daeng Selili Rating: 5 Friday, 20 May 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!