Monday, 11 April 2016

Syarikat Penerbangan 'Rayani Air' Digantung Perkhidmatannya. #MCA #DCA

ADAKAH “RAYANI AIR” FAHAM MAKSUD KONSEP PATUH SYARIAH DALAM PERKHIDMATANNYA??

Syarikat penerbangan patuh Syariah iaitu Rayani Air seolah-olah hanya berjaya di publisiti sahaja melalui iklan dan ‘billboard’ di tepi jalan mengenai perkhidmatan terbaik yang boleh mereka sediakan. Tetapi, masalah dalaman yang dihadapi oleh syarikat tersebut tidaklah sehebat mereka menyelesaikan seperti iklan yang mereka lakukan.

Hal ini kerana, syarikat penerbangan yang telah berusia 110 hari gagal membayar gaji juruterbang sehinggakan berlaku mogok oleh jururterbang mereka sendiri. Sehubungan itu, Rayani Air terpaksa menangguh dan membatalkan perkhidmatannya dengan alasannya untuk memberi laluan kepada proses penstrukturan semula syarikat yang menyebabkan seluruh operasinya digantung.

Dalam menghadapi tindakan luar jangka yang dilakukan oleh Rayani Air ini. Jabatan Penerbangan Awam (DCA) telah mengeluarkan dua surat amaran pada esoknya (baca Isnin) kepada Rayani Air yang menyebabkan seluruh operasinya digantung serta-merta. 

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata langkah pengganutungan tersebut adalah berdasarkan kepada Peraturan 87 (1) Peraturan Penerbangan Awam Malaysia 1996.

Memetik kata - kata Datuk Seri Liow Tiong Lai : 

"Rayani Air akan digantung di bawah Peraturan 87 (1) Peraturan Penerbangan Awam 1996 dan proses audit akan di lakukan oleh DCA untuk memastikan syarikat itu layak untuk terus beroperasi," 


Dalam pada itu, Liow turut meluahkan kekecewaannya kepada Rayani Air atas tindakan drastik yang telah dilakukan. Menurut Liow, Rayani Air sepatutnya memberikan servis yang terbaik kepada pengguna dan bukanlah melakukan perkara yang mengundang kekecewaan kepada pengguna.



Rayani Air tidak perlu terburu-buru dalam mengendalikan masalah dalaman yang seperti ini. Hal ini kerana, Rayani Air sendiri telah memperlihatkan kelemahan pengurusannya kepada pelanggan. Konsep patuh syariah bukanlah sekadar menyediakan krew kabin yang menutup aurat, tidak menyediakan minuman alcohol kepada pelanggan. 

Ia merangkumi segenap aspek dalam perkhidmatan termasuklah dalam belanjawan mengurus dan sebagainya. Rayani Air sepatutnya belajar dengan syarikat penerbangan tambang murah lain, khusunya dalam bab pengurusan seandainya mahu kekal lama dalam industry penerbangan ini.

Kepada Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Adalah diucapkan ribuan terima kasih kerana mengambil berat tentang aduan yang dilakukan oleh para pengguna. Ini jelas menunjukan yang mana YB Menteri mengambil berat tentang permasalahan rakyat dan bukan menyorok kebenaran.
Syarikat Penerbangan 'Rayani Air' Digantung Perkhidmatannya. #MCA #DCA Daeng Selili Rating: 5 Monday, 11 April 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!