Tuesday, 5 April 2016

Skandal Tanah Taman Manggis : Siapa dapat untung RM59 juta? #LGERasuah

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng digesa menjelaskan isu penjualan tanah milik kerajaan negeri tersebut di Taman Manggis yang dijual kepada pihak ketiga dimana sebelum ini beliau telah menafikan perkara berkenaan.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata ia berikutan terdapatnya bukti penjanjian jual beli (S&P) antara Kuala Lumpur International Dental Center Sdn Bhd (KLIDC) dengan pihak ketiga.

“Selepas pendedahan saya di Parlimen baru-baru ini, Guan Eng menafikan bahawa tanah ini telah dijual kepada pihak ketiga. Bagaimanapun, apa yang tidak beliau nyatakan ialah tanah itu kini dimiliki oleh KLIDC dan penjualan saham KLIDC turut memberi kesan kepada penjualan tanah berkenaan.

“Merujuk kepada mana-mana piawaian projek kerajaan dan perjanjian penswastaan, penjualan atau tukar hak milik sebuah syarikat, yang telah dianugerahkan satu projek, perlu dimaklumkan dan kelulusan mesti diperolehi daripada Kerajaan Negeri sebelum jualan saham boleh berkuatkuasa,” kata Abdul Rahman.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media khas di Kementeriannya di Putrajaya pada Selasa.

Yang menjadi persoalan adakah tanah yang dijual kepada KLIDC pada Jun 2010 pada harga RM11 juta telah dijual semula pada harga RM70.6 juta pada 2015 dan langsung tidak diketahui oleh Guan Eng.

“Adakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak menyedari penjualan projek ini pada November 2015 dan seterusnya memberikan kelulusan?

“Adakah terma piawaian ini telah dipadam di dalam perjanjian jual beli antara kerajaan negeri dan KLIDC?,'” katanya.

Justeru Rahman yang juga Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional (BN) berkata pihaknya akan membawa bukti S&P yang diperolehi beliau kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada petang ini untuk tindakan selanjutnya.

“Kami berharap dokumen ini dapat membantu mereka untuk melaksanakan tanggungjawab mereka tanpa rasa takut dan pilih kasih,” katanya. - Bnbbc.my




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Skandal Tanah Taman Manggis : Siapa dapat untung RM59 juta? #LGERasuah Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 5 April 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!