Thursday, 7 April 2016

Pindaan Rang Undang-Undang Profesion Undang-Undang Lulus!

Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Profesion Undang-Undang bukan bertujuan menyelamatkan atau demi menjaga kepentingan mana-mana individu.

Sebaliknya tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri pindaan RUU tersebut adalah bertujuan menjaga hak badan peguam dan seluruh ahlinya sendiri, jauh sekali menganggap Majlis Peguam sebagai musuh kepada kerajaan.

“Saya tidak terfikir dan terlintas mereka ini adalah musuh kita, kalau tidak RUU ini kita tak bawa ke Parlimen. Tetapi ini kita rasa tanggungjawab yang dikatakan sebagai tanggungjawab kolektif dengan memikirkan keburukkan dan akibatnya jika RUU ini tidak diluluskan.


“Kalau tanya saya, saya dan ahli majlis peguam terutama sekali di kalangan ahli jawatankuasanya, memang saya bekerjasama rapat dengan mereka kerana saya percaya dengan kerjasama itu kami boleh saling membantu,” kata Nancy.

Beliau berkata demikian ketika menggulung RUU Profesion Undang-Undang (pindaan) 2015 bagi kementeriannya di Dewan Rakyat pada Rabu.

Tambahnya, pindaan RUU ini tidak melihat kepada kepentingan dari segi politik dimana ahli pembangkang yang terdiri daripada wakil peguam di negara ini sendiri sedar akan kepentingan pindaannya.

“Pindaan di dalam undang-undang ini dapat mengelak krisis melibatkan undang-undang yang mungkin membantu pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan lembaga tatatertib semasa tempoh selepas 5 Julai 2013 yang dipertikaikan, diperkenalkan atau dibatalkan hanya sebab tempoh lantikan ahli lembaga tatatertib,” katanya.

Terdahulu menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar yang mengatakan terdapat laporan daripada Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) mengesahkan wujudnya diskriminasi kepada peguam muda, Nancy berkata perkara itu perlu dibawa di dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Majlis Peguam.

“Perkara ini adalah urusan dan keputusan dalaman majlis perguam dan ahli-ahlinya. Sebagai rakan professional, ahli boleh bawa perkara itu kepada AGM untuk ditimbangkan semula.

“Di sini mereka (peguam) boleh memainkan peranan masing-masing dalam menentukan arah tuju profesion mereka,” katanya.

Usul RUU tersebut kemudiannya diluluskan tanpa sebarang pindaan. - bnbbc.my

Pindaan Rang Undang-Undang Profesion Undang-Undang Lulus! Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 7 April 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!