Monday, 11 April 2016

PASARAN HALAL "Malaysia Rakan Terbaik" - Wee Ka Siong

Dalam satu majlis penutupan rasmi “Belt and Road” anjuran MCA, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk We Ka Siong telah menjelaskan bahawa Kerajaan Malaysia adalah satu-satunya yang memiliki pensijilan Halal yang di hormati dan dikenali seluruh dunia dan Ianya dikeluarkan melalui satu badan yang amat berpengalaman dan bertauliah iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).



Para perniaga dari negara China yang berhasrat untuk memasuki pasaran di negara Timur Tengah dan Indonesia tetapi bermasalah untuk mendapatkan pensijilan Halal untuk memasuki pasaran di negara – negara ini. Beliau menyatakan bahawa Malaysia adalah pilihan utama kerana telah lama terlibat dengan Halal Hub dan telah diiktiraf seluruh dunia serta menjadi pilihan utama dari negara luar.

“Peniaga dari China mahu memasuki pasaran di Timur Tengah dan Indonesia tetapi menghadapi masalah kekurangan pensijilan Halal” katanya

Majlis yang dihadiri hampir 1,000 peserta yang terdiri dari usahawan – usahsawan dari Malaysia serta dari negara China dianggap berjaya oleh Datuk Wee dan beliau memberi jaminan bahawa Sekretariat untuk “Advancement of Entrepreneurs di Wisma MCA sentiasa terbuka untuk membantu apa jua permintaan mereka bagi perkembangan perniagaan mereka samada di dalam ataupun diluar negara.

Datuk We Ka Siong juga menyatakan bahawa, sekretariat ini juga akan menyediakan kakitangan terlatih serta jurubahasa bagi mereka yang menghadapai masalah komunikasi dan akan membantu merujuk kepada badan dan agensi yang berkaitan.

“Jika ada masalah bahasa dan komunikasi kami ada kakitangan yang sedia membantu dan merujukan mereka kepada badan dan agensi yang berkaitan’ Ujar Datuk We Ka Siong.

Beliau menambah, MCA penuh yakin dengan menerapkan prinsip kesederhanaan dalam banyak perkara dan amat konsisten dalam 2 isu utama iaitu perniagaan dan pelajaran.




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
PASARAN HALAL "Malaysia Rakan Terbaik" - Wee Ka Siong Daeng Selili Rating: 5 Monday, 11 April 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!