Tuesday, 5 April 2016

McDonald's Malaysia Raikan Petugas Media #McDonaldsMalaysia #McDonalds

Baru baru ini McDonald’s Malaysia menganjurkan malam penghargaan media di McDonald’s Mutiara Damansara pada Selasa April 5, 2016.Kumpulan media dalam kepelbagaian bidang telah diraikan oleh McDonald’s disamping menghargai hasil kerja demi memperkukuhkan jenama McDonald’s di Malaysia

Majlis yang dipenuhi rakan media yang dijemput khas untuk berkenalan dan ramah mesra bersama Pengurusan tinggi McDonald’s khususnya Managing Director nya En. Azmir Jaafar yang bersahaja dan santai dalam ucapan beliau semasa sesi pembukaan majlis. 

Azmir Jaafar Sedang Memberikan Ucapan Pembukaannya

En. Azmir juga sempat bercerita berkenaan sajian McDonald’s yang memiliki cerita sejarah dan kisah tersendiri pada malam tersebut. 

Di Malaysia McDonald’s telah mula bertapak pada tahun 1982 dan terus menjadi rangkaian restoren kegemaran seisi keluarga. Bermakna McDonald’s bukan restoren yang baru tetapi sebagai Legenda dan dikenali oleh setiap peringkat masyarakat di Malaysia. 

Dalam menjelaskan sedikit hal urusan dan hala tuju McDonald’s Malaysia En. Azmir sempat memperkenalkan apa yang kita boleh panggil hidangan tradisi nya yang popular dan dijenamakan semula dengan interpretasi baru.


Promosi adalah nadi kepada keberkesanan sesuatu produk, promosi yang strategik bakal memberikan pulangan yang baik kepada syarikat bilamana Berjaya menarik minat pembeli kepada sesuatu produk atau barangan yang dipromosikan.

McDonald’s Malaysia berusaha mempelbagaikan usaha dalam pemasarannya produknya disamping memberikan perspektif positif kepada jenama yang terkenal ini.

Baru baru ini McDonald’s Malaysia mengambil bahagian dalam pameran Pameran Halal Antarabangsa Malaysia MIHAS yang merupakan pusat sumber bagi produk halal dan perkhidmatan.

Dikongsikan disini beberapa gambar bersama para pertugas media yang sama sama membantu menyebarkan infomasi dan penerangan yang selama ini dilakukan oleh mereka untuk McDonald's Malaysia.
 







 



Tidak terhenti disitu McDonald’s Malaysia meneruskan promosinya melalui media cetak dan elektronik mengikut perkembangan semasa dan menyampaikan maklumat dan penerangan yang tepat dan lengkap terhadap produk keluaran McDonald’s Malaysia.





للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
McDonald's Malaysia Raikan Petugas Media #McDonaldsMalaysia #McDonalds Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 5 April 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!