Wednesday, 13 April 2016

Malaysia Wajar Naikkan Caj Permit Kenderaan Asing (VEP)!

MEMANG PATUT DIKENAKAN VEP KEPADA KENDERAAN ASING.

Jika dahulu kita selalunya menerima layanan yang tidak seimbang di Singapura apabila kerajaannya menaikkan Caj Permit Kenderaan Asing (VEP) kepada kenderaan luar tanpa memikirkan kesan kepada rakyat. Namun, sudah tiba giliran Malaysia untuk bertindak sedemikian kepada kenderaan asing khususnya yang datang dari Singapura, kerana sudah sekian lama kita diperlakukan sedemikian oleh mereka. Lihatlah bagaimana layanan yang diberikan oleh Singapura kepada rakyat Malaysia yang pergi mencari rezeki di negara mereka setiap pagi diatas tambak Johor.

Pada tahun 2014, Perdana Menteri telah menyatakan mengenai kemahuannya untuk melaksanakan VEP ini namun telah ditangguhkan sehingga sekarang. Melihat akan keadaan ekonomi semasa pada hari ini, seharusnya pelaksanaan untuk mengimplementasikan VEP perlulah dijalankan dengan seberapa segara supaya hasrat yang memberi manfaat kepada pendapatan negara ini tidak lagi tertangguh walaupun sudah berkali-kali sekadar menyatakan hasrat untuk melaksanakannya.

Ujar Datuk Seri Liow Tiong Lai, caj berkenaan akan dilaksanakan selepas menyelesaikan beberapa masalah teknikal. Namun beliau belum berhasrat untuk mengumumkan bilakah perlaksanaan VEP.

Liow yang merupakan Menteri Pengangkutan menegaskan bahawa VEP akan tetap dilaksanakan pada tahun ini dan Singapura pun sudah dimaklumkan tentang pekara ini. Akan tetapi, tidak ada maknanya kita beritahu bila nak laksanakan, tapi pada sampai masanya pekara itu tidak dapat dibuat.

Tambahnya lagi, aliran trafik di pintu masuk antara Johor dan Singapura akan lebih sistematik dan seragam sekiranya VEP dilaksanakan kelak.

Seharusnya tidak perlulah kerajaan Malaysia terlalu bertolak ansur kepada warga Singapura dalam bab saman trafik. Hal ini kerana kadar jumlah saman trafik di negara mereka lebih tinggi daripada Malaysia dan ditambah pula dengan kadar bayaran VEP yang dikenakan di pintu masuk negara Singapura.


Malaysia Wajar Naikkan Caj Permit Kenderaan Asing (VEP)! Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 13 April 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!