Saturday, 30 April 2016

"Lawanlah UBER Secara Sihat" - Tan Sri Dr Syed Hamid Albar #SPAD

STRATEGI PEMANDU TEKSI MELAWAN PERKHIDMATAN UBER TELAH DIDEDAHKAN OLEH PENGERUSI SPAD

Pelbagai persepsi negative telah dilontarkan oleh pemandu teksi kepada perkhidmata UBER. Lebih-lebih lagi selepas munculnya perkhidmatan UBER, sumber pendapatan pemandu teksi terganggu. Setakat ini, antara alasan yang lapuk telah diberikan oleh pemandu teksi ialah,UBER tidak membayar beberapa jenis sewa dan tiada lesen PSV. Malahan SPAD yang tidak bertindak pun dilibatkan untuk memburukkan UBER.

Walaubagaimanapun, alasan-alasan ini hanyalah untuk menutup kelemahan mereka sendiri. Hal ini kerana, hanya UBER sahaja adalah pesaing rapat mereka dan UBER ini perlu dihapuskan bagi kelangsungan mereka sendiri. Namun, dalam tidak sedar tindakan yang telah mereka lakukan ini telah menimbulkan persepsi tidak baik kepada pemandu teksi.


Dalam hal ini, tidak perlu untuk menyalahkan UBER kerana, sikap yang ditunjukkan oleh pemandu teksi sendiri menyebabkan perkhidmatan teksi telah menjadi pilihan terakhir masyarakat dalam menggunakan kenderaan awam. Lebih-lebih pada baru-baru ini telah diadakan dua demonstrasi yang dianjurkan beberapa kumpulan pemandu teksi di tengah-tengah ibu kota kerana bantahan terhadap UBER. Namun mereka tidak bahawa tindakan yang telah mereka lakukan ini telah membawa kepada ‘traffic jam’ yang teruk pada masa itu.

Bercakap mengenai sikap pemandu teksi ini sudah didedahkan sikap mereka yang mengaut keuntungan orang awam yang menggunakan perkhidmatannya. Tidak menggunakan meter, memanipulasi meter dan mengenakan cas melampau kepada pelancong. Selain itu masalah kenderaan yang berbau rokok, cara pemakaian pemandu yang tidak kemas. Hairannya akan sikap mereka ini apabila selalu mengutuk pihak kerajaan, ini menggambarkan hanya mereka (baca Pemandu Teksi) saja yang betul.

Dikatanya pula pihak kerajaan tidak memberikan bantuan kepada perkhidmatan teksi. Padahal suudah pelbagai jenis bantuan yang telah diberikan seperti Bantuan Tayar 1 Malaysia dan kerajaan juga telah menggesa agar tambang teksi dinaikkan demi menjamin kesenangan mereka sendiri. Namun mereka menyeleweng dalam penggunaan meter, sudah banyak bukti didapati hasil daripada penyamaran pihak SPAD terhadap pemandu teksi.

Berdasarkan ‘survey’ atas talian yang dilakukan oleh SPAD. Sebanyak 80 peratus orang awam kini menjadikan GRAB CAR dan UBER sebagai perkhidmatannya pengangkutan utamanya berbanding dengan teksi. Menurut Tan Sri Dr Syed Hamid Albar selaku Pengerusi SPAD, isu keluhan dan rungutan pemandu teksi ini sudah lama dalam pengetahuannnya.

Dalam ucapannya ketika Syarahan Umum SPAD (PLS) pada isnin lalu. "Janganlah marah dengan emosi tidak terkawal sampaikan UBER punya pasal ada yang minta perkhidmatan teksi diharamkan pula. Jangan berputus asa, sebaliknya lawanlah UBER secara sihat. Tunjukkan anda lebih baik dan berkualiti,”

Ujarnya lagi, "terdapat beberapa isu mengenai perkhidmatan UBER dan GrabCar di mana ia tidak memberi jaminan keselamatan kepada penumpang. UBER juga tidak mempunyai maklumat pemandu memandangkan ramai daripada mereka memandu secara sambilan dan tidak berdaftar dengan kita,"

Dalam hal ini jelaslah bahawa, keselamatan akan perkhidmatan UBER ini amatlah diragui selain tiada daftar pemandu. Sebelum ini SPAD sendiri telah mengadakan operasi bagi mengesan pemandu UBER ini. Namun untuk mendaftar UBER mengikut undang-undang masih lagi dalam peringkat pihak SPAD.

Sepatutnya mereka (baca Pemandu Teksi) mewujudkan persaingan lebih sihat dengan pemandu UBER. Perkara sebaliknya berlaku apabila, pemandu teksi melemparkan tuduhan yang buruk kepada UBER. Namun, pengguna masih menggunakan perkhidmatan UBER berbanding teksi. Ubahlah mentality dan pemikiran wahai pemandu teksi sekalian sekiranya ingin terus maju.
"Lawanlah UBER Secara Sihat" - Tan Sri Dr Syed Hamid Albar #SPAD Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 30 April 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!