Monday, 11 April 2016

“HIGH SPEED RAIL” Hanya 90 minit Kuala Lumpur Ke Singapura #SPAD #HSR

“HIGH SPEED RAIL” MENGHUBUNGKAN KERJASAMA EKONOMI MALAYSIA-SINGAPURA



Program Transformasi Ekonomi (ETP) telah dilancarkan pada tahun 2010 oleh kerajaan Malaysia bagi mencapai status sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Dibawah projek ‘Greater Kuala Lumpur/Klang Valley’ (“GKL/KV”) National Key Economic Area (NKEA) projek “High Speed Rail (“HSR”)” di koridor Selatan ini merupakan salah satu daripada Entry Point Projects (EPPs) yang mensasarkan peningkatan ekonomi di Bandar-bandar utama Malaysia disamping mahu menjadikan Malaysia sebagai kuasa ekonomi di ASEAN dan Asia khususnya.

Perlunya kaedah “High Speed Rail” supaya dapat menghubungkan dua Negara secara terus menerus disamping dapat meningkatkan darjah ketersampaian melalui jalan darat. Hal ini kerana, perjalanan dari Kuala Lumpur ke Singapura memakan masa selama 8 jam melalui jalan darat dan tidak ditambah lagi dengan system birokrasi imigresen di Negara ‘singa’ tersebut.


Selain itu, dengan terbina system HSR ini, untuk ke Singapura hanyalah memerlukan 90 minit sahaja. Disamping itu, kerajaan juga mempunyai sasaran lain melalui system pengangkutan terpantas ini. Antaranya ialah, kerajaan meningkatkan lagi GDP dalam kadar 3-5 % dengan Singapura. Dalam kadar masa jangka panjang,kerajaan bakal menikmati pertumbuhan ekonomi tahunan sebanyak 3.2% diantara tahun 2011-2060 dan anggaran jumlah pengguna seramai 251 juta menjelang tahun 2060.

Seperti yang dinyatakan mengenai HSR yang bakal menghubungkan Singapura dengan Bandar-bandar utama di Malaysia. HSR bakal mempunyai lima buah stesen sebelum ke Singapura. Bandar atau kawasan yang bakal dijadikan stesen HSR adalah Seremban, Melaka, Muar, Batu Pahat, Nusajaya dan destinasi terakhirnya, Singapura.


Sememangnya benar bahawa, kewujudan system pengangkutan kereta api seperti HSR akan memberikan kesan yang baik dari segi sosioekonomi penduduk setempat. Oleh itu, seperti yang dijangka bahawa menjelang tahun 2020. Peluang kerja sebanyak 28,700 akan ditawarkan bagi menggerakkan operasinya yang melibatkan kos sebanyak RM 6.2 bilion.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
“HIGH SPEED RAIL” Hanya 90 minit Kuala Lumpur Ke Singapura #SPAD #HSR Daeng Selili Rating: 5 Monday, 11 April 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!