Tuesday, 12 April 2016

DS Jamil Khir Syor Tukar Tajuk Ceramah Dr. Zakir Naik #Peanut

KENYATAAN MEDIA Y.B MEJAR JENERAL DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI MENGENAI ISU CERAMAH DR ZAKIR NAIK


Dr Zakir Naik adalah seorang pendakwah yang terkenal dan mendapat tempat di seluruh dunia, bahkan di India sendiri beliau telah diberikan tempat dan kebebasan untuk menyampaikan dakwahnya.

Malaysia juga pernah mengiktiraf Dr Zakir Naik sebagai Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa pada tahun 2013 berdasarkan kepada ketokohan beliau dan keilmuan yang dimiliki. Tokoh perbandingan agama ini sangat dihormati dan sangat mementingkan hujah-hujah ilmiah dan akademik serta fakta yang tepat dengan merujuk kepada sumber asal sesuatu agama di dalam ceramah-ceramahnya.

Tiada unsur-unsur untuk menghina agama lain apatah lagi mempromosikan perpecahan dan perbalahan bahkan ceramah-ceramah beliau juga sering dihadiri oleh tokoh-tokoh dari kalangan bukan Islam.

Dalam konteks Jelajah Dr Zakir Naik di Malaysia, beliau menekankan aspek perpaduan dan kesatuan di kalangan umat Islam dan pada masa yang sama perlu menghormati kepelbagaian agama yang ada di Malaysia.

Meskipun di dalam ceramah-ceramah beliau ada menyebut agama lain namun ianya bukanlah bertujuan untuk mengaibkan sesuatu agama tersebut namun ianya adalah merupakan perbincangan dan perdebatan ilmiah dan akademik yang dilaksanakan dengan penuh hikmah dan ketertiban. 

Berhubung dengan program-program Dr Zakir Naik di Malaysia, sekiranya tajuk ceramah yang menjadi polemik dan kegelisahan di kalangan masyarakat, adalah dinasihatkan agar tajuk ditukar kepada yang lebih sesuai dan harmoni.

Oleh yang demikian, adalah diharapkan pihak berkuasa agama negeri dan PDRM dapat mempertimbangkan semula penganjuran program Dr Zakir Naik, supaya dapat dilaksanakan di tempat tempat yang telah dijadualkan.  - Sumber
DS Jamil Khir Syor Tukar Tajuk Ceramah Dr. Zakir Naik #Peanut Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 12 April 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!