Monday, 4 April 2016

"Dah Mahathir Keluar UMNO, Dia Macam Pembangkanglah" - Tajol Rosli Ghazali

Tindakan mantan PM Malaysia Tun Mahathir yang sanggup ‘tidur sebantal’ dengan pembangang semata mata untuk menyingkirkan PM DS Najib Razak ternyata menyentuh hati veteran UMNO yang lain.



Pengerusi Veteran UMNO Malaysia Tan Sri Mohd Tajol Rosli Ghazali yang melahirkan rasa terhina berkata amat sukar untuk veteran UMNO menerima dengan hati terbuka kerana sesorang yang pernah diangkat sebagai pemimpin dari parti keramat ini kini membuat tindakkan yang cukup tidak bermaruah.

“Sayang dan hormat kami terhadap Tun Mahathir kini bagaikan berkecai. Dengan rasa sungguh berat hati, saya ucapkan jua pernyataan ini sorry sir, it’s not that we love you less, but we love UMNO much more (maaf tuan, bukannya kami tidak menyayangi anda, namun kami lebih menyayangi UMNO),” katanya pada himpunan Veteran UMNO Perak di kediaman rasmi Menteri Besar Perak, pada Ahad (03.04.2016).




Seramai lebih 1,000 veteran UMNO Perak mengisytiharkan akujanji sokongan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan DS Najib selaku Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Turut hadir Menteri Besar dan juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Pengerusi Veteran UMNO Perak Datuk Abdul Khalid Mohd Nasir.

“Atas kebimbangan ini, veteran UMNO mengambil inisiatif mengadakan himpunan ini untuk cuba merungkai pelbagai kecelaruan yang timbul daripada percubaan Tun Mahathir menyingkirkan Najib melalui pendekatan yang jelas tidak demokratik.

“Apa pun hak beliau sebagai rakyat, hak kita sebagai warga UMNO yang sayangkan parti, tidak harus dijadikan gadaian untuk memenuhi cita rasa politik mana-mana pihak yang gendang dan tarinya tidak lagi senada, mahu pun serentak dan senada dengan jiwa dan semangat UMNO,” katanya.

Mohd Tajol berkata yang membimbangkan tindakkan Tun Mahathir ini tidak mempunyai alasan yang kukuh kerana ia jelas memberi implikasi persepsi buruk kepada UMNO dan tidak mustahil perbuatan ‘jatuh menjatuhkan’ secara anarki ini akan berterusan menjadikan ia sebagai ikutan pada masa akan datang.

“Bila dia (Tun Mahathir) dah keluar dari UMNO, saya tak perlu jelaskan. Dia dah keluar UMNO, habislah.

“Yang kita pertikai ini ialah apabila seseorang itu ahli UMNO, bersekongkol dengan pembangkang untuk mengkritik UMNO dan kepimpinan UMNO. Tapi kalau dia dah keluar dari UMNO, dia macam pembangkanglah,”ujarnya.
"Dah Mahathir Keluar UMNO, Dia Macam Pembangkanglah" - Tajol Rosli Ghazali Daeng Selili Rating: 5 Monday, 4 April 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!