Friday, 15 April 2016

"Bukti Pembangkang Bohong" - DS Azalina Othman


KENYATAAN MEDIA

YB DATO’ SRI AZALINA OTHMAN SAID
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
LAGI BUKTI PEMBANGKANG BERBOHONG??

PUTRAJAYA - Kenyataan terbaru Menteri Luar Arab Saudi Adel Al -Jubeir menunjukkan apa yang dicanang pembangkang dan kumpulan Deklarasi Rakyat selama ini adalah tidak benar. Menteri Luar Arab Saudi itu turut mengesahkan derma itu diberikan tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

2. Pada Mac lalu, Australian Broadcasting Corporation (ABC) mendedahkan mengenai surat daripada keluarga di Raja Arab Saudi dengan menyatakan derma yang diberikan sebagai hadiah atas usaha YAB Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak kerana mempromosikan Islam  serta memerangi keganasan dan eks­tremisme, termasuk melancarkan Gerakan Kesederhanaan Global. Pendedahan itu turut menunjukkan laporan berat sebelah yang dibuat WSJ selama ini yang tidak henti-henti menyerang Perdana Menteri.

3. Sebelum ini ramai yang mempertikaikan mengenai kenyataan Peguam Negara bahawa wang derma itu bukan daripada 1MDB sebaliknya datang daripada Arab Saudi. Namun kumpulan Deklarasi Rakyat terus  mengelirukan rakyat dengan menuduh Perdana Menteri terlibat menyeleweng dana 1MDB. 

4. Terbaru Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) turut membuktikan yang Perdana Menteri tidak terlibat dalam apa-apa salah laku  dalam urusan syarikat 1MDB. Jadi siapa yang berbohong selama ini? Saya percaya rakyat semakin jelas mengenai isu ini dan tidak akan mudah terpedaya dengan tuduhan-tuduhan palsu yang dibuat kumpulan Deklarasi Rakyat untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

DATO’ SRI AZALINA OTHMAN SAID
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Ahli Majlis Tertinggi UMNO

15 April 2016
"Bukti Pembangkang Bohong" - DS Azalina Othman Daeng Selili Rating: 5 Friday, 15 April 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!