Tuesday, 5 April 2016

Ahli Parlimen DAP Dakwa Program #PLKN RM408 Juta Dibazirkan?!

Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Datuk Noor Ehsanuddin Haji Mohd Harun Narrashid baru baru ini telah melancarkan Program Latihan Khidmat Negara 2.0 (PLKN2.0) di MITC Melaka. Program ini adalah penambahbaikkan dari PLKN peringkat pertama yang ditangguhkan pada tahun 2014.


Lantaran pengantungan itu masih terdapat pihak yang cuba memberi persepsi buruk kepada pelaksanaan PLKN ini. 

Tuduhan sebanyak RM 408 juta dibazirkan, yang lemparkan oleh Ahli Parlimen DAP Serdang, Ong Kian Ming di Parlimen baru-baru ini dengan hanya berpandukan jawapan ringkas bertulis kepada soalan beliau yang ingin tahu jumlah sebenar perbelanjaan yang dikeluarkan oleh kerajaan sepanjang perlaksanaan PLKN ini dari tahun 2004.


Andaian beliau kononnya, Dana PLKN masih tetap digunakan oleh MLKN pada tahun lalu, walaupun program PLKN telah ditangguhkan untuk setahun. 

Untuk tahun 2015, peruntukan asal yang sepatutnya diserahkan kepada PLKN adalah berjumlah RM 697.8 juta. Daripada jumlah itu, sebanyak RM 408.34 juta digunakan untuk kos tetap yang perlu dibelanjakan bagi komitmen dan kontrak yang telah dibuat sebelum pengumuman penangguhan berkenaan.

Jumlah pembayaran ini mengambil kira semua aspek kos latihan kumpulan 1 sesi 2015, perlaksanaan makmal transformasi PLKN, perlaksanaan Projek Rintis dan pembayaran gaji kakitangan tetap dan kontrak termasuk jurulatih di kem PLKN sepanjang tempoh penangguhan tersebut.


Oleh itu PLKN menerusi MLKN telah Berjaya membuat penjimatan sebanyak RM 289.5 juta dengan tidak meneruskan pengambilan untuk dua kumpulan PLKN pada tahun 2015 dan penjimatan berkenaan telah digunakan untuk program program lain yang memberi faedah untuk kesejahteraan rakyat Malaysia yang lebih memerlukan.

Sikap prejudis pemimpin pembangkang yang hanya bercakap tentang ketelusan hanya rektorik kerana hanya menyampaikan cerita separuh benar dan ini tidak hairanlah wakil dari parti DAP memang secara total menolak Program Latihan Khidmat Negara seperti mana juga Ketua Pemuda DAP (DAPSY) Teo Kok Seong pernah menggesa kerajaan memansuhkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang kononnya gagal memberikan manfaat kepada pembangunan anak muda.

Pembangunan manusia akan memakan masa yang lama berbanding pembangunan fizikal yang boleh dilihat dalam masa dua atau tiga tahun. Kalau Ketua Pemuda DAP Teo Kok Seoang kata tak berjaya, dia nak banding dengan apa?

Pembangunan modal insan dan pembangunan fizikal adalah dua perkara yang berbeza. PLKN berjaya melahirkan anak muda dengan semangat nasionalisme dan jati diri yang tinggi.

PLKN ditubuhkan bagi meningkatkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda hari ini dan memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional, membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni, menyemarakkan semangat kesukarelawan dan melahirkan generasi muda yang jauh lebih cergas, cerdas, penuh keyakinan diri dan berpandangan jauh.

Tak percaya?Cuba rujuk bekas para pelatih PLKN!


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Ahli Parlimen DAP Dakwa Program #PLKN RM408 Juta Dibazirkan?! Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 5 April 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!