Saturday, 30 April 2016

80 Peratus Pengguna Pilih UBER Dan GrabCar! #SPAD

80 PERATUS PENGGUNA PERKHIDMATAN AWAM KINI MEMILIH UBER DAN GRAB CAR BERBANDING TEKSI

Kini sebanyak 80 peratus pengguna perkhidmatan awam UBER dan GrabCar. Tinjauan ini diperolehi secara ‘online’ melalui bancian yang telah dijalankan pada tahun lepas. UBER dan GRabCar menjadi pilihan kerana mudah diakses melalui aplikasi telefon pintar sahaja. Selain itu, sifat kurang sopan yang ditonjolkan oleh pemandu teksi selain tidak menggunakan meter pemanduan dan meletakkan harga sesuka hati dan ditambah pula dengan keadaan teksi yang berbau menyebabkan perkhidmatan teksi bukan lagi menjadi keutamaan masyarakat di ibu kota.

Pendedahan fakta ini telah didedahkan sendiri oleh Tan Sri Dr Syed Hamid Albar yang merupakan Pengerusi SPAD. Beliau berkata demikian dalam Syarahan Umum Akademi SPAD (PLS) pada Isnin lalu di Shah Alam. 

Dalam pada itu beliau menyeru agar pemandu teksi berubah dan mempertingkatkan lagi kualiti perkhidmatannya disamping memastikan keselesaan teksi dan tidak berbau. Dalam satu sesi soal jawab bersama pemandu teksi, seorang pemandu teksi telah melahirkan perasaan tidak puas hatinya kepada UBER yang didakwa menjejaskan punca pendapatannya sehinggakan mahu perkhidmatan teksi diharamkan untuk memberi laluan kepada UBER.

“Janganlah marah dengan emosi tidak terkawal sampaikan UBER punya pasal ada yang minta perkhidmatan teksi diharamkan pula. Jangan berputus asa, sebaliknya lawanlah UBER secara sihat. Tunjukkan anda lebih baik dan berkualiti,” katanya.

Syed Hamid juga berkata SPAD akan mengemukakan hasil bancian itu serta kajian mengenai cadangan sama ada untuk membenarkan perkhidmatan UBER dan Grabcar atau tidak kepada kerajaan tidak lama lagi. Namun seperti yang dimaklumkan proses untuk memberi kelulusan masih lagi di peringkat perbincangan.

“Baru-baru ini saya menemui Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan kami telah membincangankan beberapa isu kerana aplikasi telefon dan atas talian adalah di bawah bidang kuasa mereka.

“Di samping itu, terdapat beberapa isu mengenai perkhidmatan UBER dan GrabCar di mana ia tidak memberi jaminan keselamatan kepada penumpang. UBER juga tidak mempunyai maklumat pemandu memandangkan ramai daripada mereka memandu secara sambilan dan tidak berdaftar dengan kita,” katanya.


“Bagi SPAD, kami mesti memastikan industri teksi terus berkembang dan tidak diketepikan daripada sistem pengangkutan awam. Sungguhpun begitu ada beberapa isu dalam industri teksi yang perlu kita selesaikan, antaranya ialah pendapatan sesetengah golongan yang di bawah garis kemiskinan.

“Tetapi pada masa yang sama, pemandu teksi di negara ini mesti meningkatkan standard supaya mereka dapat menawarkan perkhidmatan yang lebih baik dan penumpang merasa selesa.

“Pada ketika ini kita lihat situasinya tidak begitu bagus. Ia perlu diubah. SPAD sudah menamatkan siri makmal mengenai industri teksi bersama pihak-pihak berkepentingan dan laporannya sudah siap dan akan dikemukan kepada kerajaan tidak lama lagi,” katanya.

Apabila melihat hasil tinjauan yang dibuat terhadap UBER ini jelaslah bahawa masyarakat kita kini mahukan satu transformasi dalam bidang pengangkutan awam khususnya berkenaan UBER dan GrabCar. Hal ini kerana perkhidmatan yang mereka lebih mesra pelanggan berbanding dengan perkhidmatan teksi yang senyum pun lokek untuk diberikan kepada pelanggannya sendiri.
80 Peratus Pengguna Pilih UBER Dan GrabCar! #SPAD Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 30 April 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!