Thursday, 17 March 2016

VIDEO : Kenali Pembekal McDonald’s Malaysia #McdonaldsMalaysia #Mcdonalds

Saksikan video yang dimuatkan dalam artikel kali ini mengenai pematuhan terhadap kualiti yang perlu dipatuhi oleh pembekal McDonald’s Malaysia dalam memastikan makanan yang dihidangkan kepada pelanggan adalah diyakini Halal, selamat dan bermutu tinggi.


Mcdonald's Malaysia hanya berurusan dengan Pembekal Yang Diyakini!

Dalam memastikan produk makanan Mcdonald's Malaysia pembekal wajib melepasi syarat ketat Halal, McDonald’s hanya berurusan dengan pembekal makanan yang diiktiraf Halal.

Bahan-bahan tempatan diambil dari pembekal yang bukan sahaja diperiksa secara menyeluruh oleh pihak penguatkuasa yang diiktiraf tetapi telah juga disahkan Halal oleh JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia). Pembekal luar negara kepada Mcdonald's Malaysia juga melalui proses yang sama oleh badan-badan penguatkuasa Halal di luar negara. Badan-badan ini diiktiraf oleh JAKIM bagi memastikan produk makanan Mcdonald's di Malaysia memenuhi syarat-syarat Halal yang ditetapkan.

MacFood Services (M) Shd Bhd merupakan pembekal utama Mcdonald's Malaysia.

Dengan lebih 25 tahun pengalaman, kerjasama antarabangsa serta pengiktirafan daripada pihak antarabangsa dan tempatan, MacFood Services (M) Sdn Bhd mengenakan kawalan dan ujian piawaian yang ketat dalam mengeluarkan produk berkualiti tinggi. 



Mereka memastikan kemudahan yang digunakan bersih serta memenuhi syarat-syarat Halal yang ditetapkan apabila memproses ke semua bahan-bahan Mcdonald's Malaysia.

Dalam video diatas dimaklum antara pembekal pembekal lain yang terlibat dalam membekalkan bahan mentah kepada McDonald’s diantaranya adalah Nestle, Dutch Lady dan membekalkan daging ayam segarnya adalah daripada Syarikat Dindings.

Bagi bahan mentah seperti kentang dan keju ianya diimport dari luar negara memandangkan Malaysia bukanlah sebuah negara yang mahir dalam penghasilan bahan tersebut dan semestinya syarikat dari luar negara itu wajib ianya diiktiraf Halal oleh JAKIM.


Komitmen McDonald’s Kepada Pelanggannya!

Makanan yang Halal bukan sahaja merangkumi aspek agama malah memenuhi tahap kualiti dan kebersihan yang ketat. 

McDonald’s komited dalam menyediakan produk makanan Halal yang berkualiti tinggi daripada sumber ladang hinggalah ke hidangan makanan dengan memberi perhatian terperinci kepada setiap perkara yang dinyatakan.
VIDEO : Kenali Pembekal McDonald’s Malaysia #McdonaldsMalaysia #Mcdonalds Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 17 March 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!