Tuesday, 8 March 2016

#SelamatkanMalaysia "Mahathir Perlukan Pakatan Harapan" - Wan Azizah #PakatanHarapan

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada sidang media di lobi parlimen semalam, menegaskan syarat untuk Pakatan Harapan memberikan sokongan kepada Tun Dr.Mahathir dalam kempen 'Selamatkan Malaysia' atau dalam bahasa halusnya agenda mendesak pengunduran Dato' Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri Malaysia hari ini.

(Poster dari aplikasi whatapps)

"Berapa ahli parlimen yang Mahathir ada? Dia perlukan kami (pakatan harapan)" Ujar Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail 

Lalu beliau diajukan soalan berkenaan kesediaan Tun Dr. Mahathir berkerjasama dengan Pakatan Harapan asalkan dapat merealisasikan impiannya.

"Perjuangan Pakatan Harapan adalah membebaskan Anwar Ibrahim yang menjadi mangsa politik dan perkara ini tidak mungkin akan diubah, jika Mahathir setuju dengan terma Pakatan Harapan ini saya tidak ada masalah dalam memberikan sokongan kepada beliau" ujarnya.

"Ampunkan Mahathir atau tidak itu bukan perkara pokok, ini bukan kerana dendam, ini adalah demi negara" tambahnya lagi.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
#SelamatkanMalaysia "Mahathir Perlukan Pakatan Harapan" - Wan Azizah #PakatanHarapan Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 8 March 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!