Monday, 14 March 2016

Sekolah Menengah Ugama At-Taqwa Terima RM122,586.00 Sumbangan Dari FGV. #SahabatFelda #FeldaDiHatiku

Baru baru ini pada 12 Mac jam 10 pagi hingga 10 malam di Tapak Pasar Malam, Chiku 3 , Gua Musang Kelantan berlangsungnya program "Gempak ASTRO FELDA" di Bandar Chiku 03 yang mana Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), FELDA Global Ventures Holdings Berhad (FGV) dan Yayasan Felda pada tahun tahun sebelum ini mengadakan koloborasi bersama Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) bagi mengadakan program jelajah “Gempak Keluarga FELDA” ini .


Di program "Gempak ASTRO FELDA" di Bandar Chiku 03 kali ini juga menerima kehadiran YB Tan Sri Isa Samad, Pengerusi kumpulan FELDA yang disambut YB Dato’ Nozula Mat Diah ADUN Paloh, Kelantan dan YB Anuar Malik Timbalan Pengarah Besar komuniti FELDA . 

Program yang serba meriah ini mendapat sambutan masyarakat FELDA dan juga penduduk sekitar Gua Musang, Kelantan.
 

Dihari yang sama juga berlangsungnya gimik penyerahan cek oleh Tan Sri Isa Samad Pegerusi Felda kepada Pengetua Drs Ustaz Mohd Zaki Mohd Zin sebanyak RM122,586.00 untuk Projek pembangunan Sekolah Menengah Ugama (Arab) AT-TAQWA CHIKU 1 dan 2.


Dikongsikan disini gambar-gambar disekitar program yang berlangsung tempohari












 Tahniah dan syabas kepada pihak Astro dan Felda

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Sekolah Menengah Ugama At-Taqwa Terima RM122,586.00 Sumbangan Dari FGV. #SahabatFelda #FeldaDiHatiku Daeng Selili Rating: 5 Monday, 14 March 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!