Tuesday, 15 March 2016

RM1.41Bilion Pinjaman Tanpa Faedah Untuk Warga FELDA - Najib Razak


Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak semalam hadir melancarkan Pertubuhan Kami Anak Felda(KAF) bertempat dia Menara Felda Kuala Lumpur turut sama mengiringi beliau adalah Tan Sri Isa Samad Pengerusi Felda, YB Dato Razali Ibrahim Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan jua turut dihadiri peneroka generasi kedua dan ketiga Felda.

Antara isi ucapan YB PM dimajlis perjumpaan ini, sedikit menyentuh perihal tindakkan beberapa individu yang berpakat dengan pembangkang untuk mendesak beliau berundur tanpa alasan yang kukuh dan hanya berkisar kepada agenda peribadi semata mata.

“Anda fikir orang-orang yang membuat akuan beberapa hari lalu mengambil berat tentang anda? Adakah anda fikir mereka adalah jenis yang cukup baik untuk menubuhkan sesuatu seperti Felda? Tidak mungkin”. kata Perdana Menteri

Itu antara kata kata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak sewaktu pelancaran Pertubuhan Kami Anak Felda(KAF). Menurut Datuk Seri Mohd Najib Razak, penyokong ‘Deklarasi Rakyat’ tidak mengambil berat tentang kepentingan rakyat di luar bandar seperti para peneroka Felda.


Datuk Seri Mohd Najib Razak mengesa semua pihak terutama dari Felda sendiri terus meletakkan kepercayaan kepada pimpinan kerajaan hari ini untuk terus melestarikan dan memacu Felda kearah satu kuasa besar dalam ekonomi hari ini.

“Felda telah wujud selama 59 tahun, dan ia harus terus dijaga. Ia tidak berakhir di sini.

“Kita mahu Felda menjadi kuasa sosio-ekonomi dan politik,” katanya di hadapan hampir 1,000 peneroka Felda sambil menambah bahawa pemimpin-pemimpin UMNO terdahulu dan kini telah berjuang untuk Felda, dan Felda ini tidak akan wujud tanpa kehendak politik.

“Sokonglah kerajaan kerana kita mahu meneruskan perjuangan kami (Felda),” katanya 



Impian kerajaan hari ini yang menubuhkan Felda ia bukan hanya untuk membela nasib generasi pertama semata mata, sebaliknya mahu ia turut manfaaatnya dirasakan oleh generasi kedua, ketiga dan seterusnya sehingga 100 tahun atau lebih daripada itu.

Sehubungan itu, sokongan para peneroka terhadap kerajaan adalah asas yang penting bagi membolehkan kerajaan terus memacu dan membangunkan Felda malahan masih banyak lagi perancangan masa hadapan yang kerajaan sedang fikirkan untuk diberi kepada para peneroka.


“Di Felda ini, mereka yang tak ada tanah diberi tanah. Ingat apa yang Allahyarham Tun Razak sebut ‘land for the landless’. Mereka yang tak ada tanah kita berikan tanah 10 ekar (4 hektar).

“Sehingga kini bukan sahaja dapat tanah, malah dapat rumah, sekolah, masjid dan peluang generasi kedua untuk mendapat pinjaman rumah,” katanya menambah bahawa RM1.41 bilion pinjaman tanpa faedah untuk membaik pulih rumah telah diluluskan Felda kepada 41,429 keluarga peneroka yang menerima RM40,000 setiap keluarga. ucap Datuk Seri Mohd Najib Razak.

RM1.41Bilion Pinjaman Tanpa Faedah Untuk Warga FELDA - Najib Razak Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 15 March 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!