Thursday, 3 March 2016

#RapidKamunting Percuma Selama Sebulan #MyRapid


SIARAN MEDIA 

RAPID KAMUNTING SEDIA PERKHIDMATAN PERCUMA SELAMA SEBULAN

TAIPING, 3 Mac – Rapid Kamunting, rangkaian perkhidmatan keempat Rapid Bus yang dilancarkan di sini hari ini, akan menyediakan perkhidmatan bas percuma sehingga akhir bulan ini.

Mengumumkan perkara ini, Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Encik Zulkifli Mohd Yusoff berkata kadar tambang untuk perkhidmatan Rapid Kamunting, yang akan menyediakan perkhidmatan untuk dua laluan setakat ini, akan diputuskan kemudian.   

“Rapid Bus amat berbangga menyediakan perkhidmatan bas Rapid Kamunting. Untuk sepanjang bulan Mac ini, perkhidmatan adalah percuma. Kadar tambang akan ditetapkan tidak lama lagi. Dengan jarak perjalanan paling jauh adalah sepanjang 24km, kadar tambang dijangka tidak melebihi RM2,” kata Encik Zulkifli.

Bercakap dalam sidang media yang diadakan sejurus selepas pelancaran, Encik Zulkilfi berkata seperti untuk perkhidmatan Rapid Bus yang lain di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Kuantan, diskaun 50 peratus akan diberikan untuk golongan kelainan upaya, warga emas dan pelajar.  

Berbeza dengan perkhidmatan Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan, projek Rapid Kamunting dilaksanakan dengan kerjasama daripada Northern Corridor Implementation Authority (NCIA), Majlis Perbandaran Taiping (MPT) dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).  



Perkhidmatan bas Rapid Kamunting dilancarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Industri Pelaburan dan Pembangunan Koridor, YB Dato’ Mohammad Zahir Abdul Khalid di perkarangan Stesen Keretapi Taiping. Majlis berkenaan turut dihadiri Ketua Ekeskutif NCIA, Dato Redza Rafiq Abdul Razak, Yang Dipertua MPT, Dato’ Abdul Rahim Ariff, Presiden KTMB, Lt. Kol. (B) Dato’ Haji Sarbini Tijan.

Dua laluan Rapid Kamunting setakat ini adalah Laluan 10 atau Taiping Loop, yang mempunyai 17 hentian termasuk Kamunting Raya Express Bus Terminal, Stesen KTM Taiping, Kawasan Perindustrian Kamunting, Hospital Besar dan First Galleria Museum.

Manakala Laluan 20 atau Jejak Warisan Loop dan juga mempunyai 17 hentian dan meliputi kawasan Zoo Taiping & Night Safari, Taman Tasik, Stesen KTM Taiping, Taiping Mall dan Perpustakaan Awam Taiping.

- TAMAT -

Salam Sejahtera semua rakan media, berikut disertakan Kenyataan Media: RAPID KAMUNTING SEDIA PERKHIDMATAN PERCUMA SELAMA SEBULAN. Kami harap anda dapat berkongsi dengan pembaca budiman. Gambar akan menyusul kemudian. 

Sekian terima kasih.
Prasarana Malaysia Berhad




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
#RapidKamunting Percuma Selama Sebulan #MyRapid Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 3 March 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!