Thursday, 3 March 2016

Rafizi Dimaki Penyokong PAS "Sotong Lancau"?!




Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli menasihati PAS menjaga 'akhlak' ahlinya setelah beliau mendakwa diserang oleh sebuah kumpulan Whatsapp.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata kumpulan berkenaan memasukkan nama beliau tanpa persetujuannya lalu untuk memaki hamunnya.


Menurutnya kumpulan Whatsapp itu turut disertai ahli PAS termasuklah ketua pemuda parti itu, Nik Mohamad Abduh Nik Mat.

Beliau bertindak meninggalkan kumpulan tersebut namun namanya dimasukkan semula - juga tanpa kebenarannya.

"Dalam Whatsapp yang maki hamun itu ada juga pimpinan PAS seperti @nikabduh (merujuk kepada Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh), Razman PJ Perak dan lain-lain. Tolong nasihat akhlak ahli.

"Selepas diserang di media sosial oleh penyokong PAS, kini mereka sibuk add (masukkan) saya dalam Whatsapp untuk dimaki hamun. Bila keluar 'add' balik #getalife," tulis beliau dalam entri Twitternya.

"Dengan YB PH (Pakatan Harapan) lain boleh diorg buli macam ini. Saya akan kongsi akhlak penyokong PAS ini sambil diperhati pimpinan mereka," jelas Rafizi lagi.

Rafizi mengambil langkah itu ekoran nasihat rakan Twitternya yang mahu beliau mendedahkan kandungan mesej berkenaan kepada umum. 


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Rafizi Dimaki Penyokong PAS "Sotong Lancau"?! Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 3 March 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!