Friday, 11 March 2016

Rafizi Cuba Kelirukan Ahli Dewan Rakyat

Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Narrashid telah menempelak Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli kerana dakwanya Rafizi telah dengan sengaja cuba mengelirukan ahli Dewan Rakyat dan orang ramai apabila memberikan fakta kewangan yang tidak tepat bagi menggambarkan kelemahan pengurusan kewangan Lembaga Tabung Haji (TH) .

Beliau menambah, TH tidak pernah gagal memberikan pulangan dividen yang baik kepada setiap pelaburnya. Adalah lumrah dalam setiap perniagaan adakalanya untung dan ada masanya rugi. Namun yang pastinya TH ada penanda aras yang baik dan tidak pernah gagal untuk memberikan dividen kepada setiap pelaburnya. Lazimnya TH mampu menjana keberhasilan serta keuntungan yang baik hasil dari pengurusan kewangan yang baik.



Kekesalan beliau disebabkan Rafizi Ramli hanya menceritakan tentang 10 kegagalan tanpa memberitahu 40 yang telah berjaya dari 50 portfolio yang dinyatakan. Ini menampakan Rafizi Ramli cuba mengelirukan Dewan Rakyat kerana tidak memberitahu perkara yang betul.

Sewaktu sidang perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang Dipertuan Agung di Dewan Rakyat, Rafizi telah berkata bahawa, dividen TH kepada pendeposit meningkat kerana berlaku penambahan bilangan pendeposit setiap tahun dan bukan kerana keuntungan pelaburan TH sendiri.

Hal ini telah dibantah oleh Datuk NoorEhsan kerana berdasarkan fakta melalui Laporan Kewangan TH pada setiap tahun ianya jelas menunjukkan butiran fakta yang cuba dikelirukan oleh Ahli Parlimen Pandan iaitu, pemberian dividen dan bonus adalah kerana pertambahan bilangan pendeposit serta hasil dari keuntungan pelaburan TH.

Datuk NoorEhsan turut menjelaskan sekali lagi hasil dari kecekapan dan pengurusan kewangan yang baik, TH telah mengumumkan, RM3.23 billion dividen dan bonus telah diagihkan kepada pendeposit tahun 2015 dengan kadar 5 peratus serta tambahan 3 peratus kepada pendeposit yang belum menunaikan haji. 

Namun cubaan NoorEhsan untuk memperincikan butiran hujah beliau bagaimanapun telah diganggu oleh Ahli Parlimen PKR Kapar, Manivanan Gowind yang dilihat dengan sengaja cuba membuat kecoh bagi mengalih tumpuan dan perhatian daripada penjelasan yang cuba dibuat.

Perkara yang pelik dan menarik untuk difikirkan adalah bila Raifizi mengakui memiliki sejumlah wang simpanan dalam TH dan sehingga kini tidak bertindak untuk mengeluarkannya. Hal ini ironiknya, telah sekaligus mengiktiraf keupayaan pengurusan kewangan TH, berbanding cubaan beliau untuk mengelirukan rakyat.

Datuk NoorEhsan juga menempelak rafizi kerana telah cuba mengelirukan rakyat dengan pelbagai isu yang antaranya adalah isu cincin RM24 juta yang mana hal ini telah menjadi satu fitnah yang besar selama 3 tahun yang akhirnya Rafizi berkata isu ini sekadar bergurau. 

Datuk NoorEhsan juga kesal kerana hal sebegini akan menyebabkan anak - anak kita terdedah kepada pemikiran yang buruk serta tidak membantu dan akan merosakan orang lain disebabkan pemimpin sanggup buat apa sahaja asalkan matlamat tercapai. Apatah lagi hal serta tindakan Rafizi di dalam dewan juga di tonton oleh mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM). 

Ini menimbulkan kekeliruan dan persepsi negatif terhadap kerajaan dan perkara sebegini perlu disekat sama sekali.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Rafizi Cuba Kelirukan Ahli Dewan Rakyat Daeng Selili Rating: 5 Friday, 11 March 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!