Thursday, 17 March 2016

Proses Pembuatan Roti Burger McDonald's #McdonaldsMalaysia #McDonalds


Entry kali ini dikongsikan kepada pembaca cara pembuatan roti burger yang disajikan di restauran McDonald's di Malaysia. 

Dengan pemantauan yang ketat dan teknologi pembuatan roti yang canggih bahagian ini dikawal selia oleh Aryzrta Malaysia Sdn Bhd yang bertanggungjawab dalam penyediaan bekalan asas roti dan ayam kepada setiap rangkaian restoran milik McDonald's.


Menurut Pegawai Jawatankuasa Halal Dalaman Aryzrta Malaysia Sdn Bhd, Puan Sabariah Saamah (kanan), Setiap satu bekalan asas di McDonald's diwajibkan mempunyai sijil halal yang disahkankan oleh JAKIM. Ini demi menjamin kualiti dan kebersihan penyediaan bekalan makanan sentiasa berada dalam keadaan yang terbaik, selamat dan memenuhi standard yang telah ditetapkan.

Dikongsikan beberapa gambar proses penyediaan roti tersebut :

Tepung yang telah diuli menggunakan mesin
dan ditempatkan dalam bekas bersih
Malah, penyediaan seperti roti untuk burger juga dibuat sepenuhnya oleh mesin berteknologi canggih yang dijaga dan dikawal dengan rapi tahap kebersihannya.


Menurut Puan Sabariah, adalah kemestian bagi penyedia bekalan untuk McDonald's kerana tahap kebersihan dan kualiti amat dititik beratkan oleh McDonald's Malaysia.

Proses menimbang dan membentuk tepung kepada saiz yang dikehendaki

Proses memuatkan tepung kedalam talam

Tepung yang telah siap didalam talam untuk proses bakar

Alat canggih menabur biji bijan diatas tepung.

Tepung sedia untuk dibakar

tepung yang sudah dibakar dikeluarkan dari pembakar
Dalam proses pembakaran roti yang dikawal sepenuhnya oleh pihaknya, Kadar suhu telah ditetapkan pada kadar yang cukup sesuai untuk memasak roti-roti berkenaan.

Proses menyejukkan dan menyimpan roti yang siap dibakar
Tidak hairanlah kesemua rangkaian restoran di McDonald's Malaysia mempunyai keenakan yang sama. Samada dari segi bentuk, rasa dan kelembutan roti yang disediakan. Inilah hasil dari satu proses yang mengikut standard syarikat pembekal.

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Proses Pembuatan Roti Burger McDonald's #McdonaldsMalaysia #McDonalds Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 17 March 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!