Monday, 28 March 2016

PALMA Berpotensi Jadi Hub Effective Microorganisms #FELDADihatiKU #SahabatFELDA

Pusat Latihan & Pengembangan Mesra Alam (PALMA)

LATAR BELAKANG PALMA

Pusat Latihan & Pengembangan Mesra Alam (PALMA) merupakan sebuah pusat untuk pengembangan dan penelitian sumber mesra alam yang merangkul bidang ilmu pengetahuan dan teknologi terkini dalam mengembang dan memanafaatkan sumber mesra alam untuk pembangunan yang pesat. PALMA ditubuhkan pada April 2008, hasil kerjasama beberapa agensi, antaranya Federal Land Authority Development (FELDA), EM Research Organization Jepun (EMRO), Japan Malaysia Organic Farmers (JAMOF), Institut Pengembangan Sumber Daya Alam Bali Indonesia (IPSA), Kyusei Nature Farming Saraburi Thailand (SARABURI) dan kerajaan Johor.

Tujuan PALMA ditubuhkan adalah untuk mengajar dan melatih masyarakat Malaysia ke arah professional dan berwawasan dengan menggunakan Bioteknologi Effective Microorganisms (EM) Bioteknologi EM adalah teknologi yang dapat diterapkan dalam bidang pertanian, ternakan, akuakultur, pengurusan alam sekitar, pembinaan dan kesihatan.

Bioteknologi EM adalah teknologi yang mesra alam di mana sisa-sisa sumber alam yang selama ini tidak dimanafatkan atau dibuang supaya menjadi bahan yang berguna untuk memiliki nilai tambah. Bioteknologi EM telah diasaskan pada awal 1980-an di Universiti Ryukyus, Okinawa Jepun oleh seorang professor Hortikultur, Prof.Dr.Teruo Higa. Semenjak itu kaedah Bioteknologi EM terus digunakan diseluruh dunia. Walaupun Malaysia agak terlewat memperkenalkannya , kejayaan Bioteknologi EM di negara-negara lain telah merangsang pelbagai pihak menggunakan kaedah ini di negara kita.

Effective Microorganisms (EM) merupakan kultur campuran mikroorganisma bermanfaat, yang terdiri dari bacteria fotosintetik (Rhodopseudomanas sp), Streptomyces sp, Actinomycetes sp, Lactobacilius sp dan ragi/yeast(Sacharomyces sp). Kerana manafatnya yang meluas, maka Bioteknologi EM mendapat perhatian khusus dalam program pendidikan dan latihan yang diadakan di Pusat Latihan & Pengembangan Mesra Alam (PALMA)

Effective Microorganisms (EM) adalah mikroorganisma semulajadi yang terhasil daripada proses penapaian yang membantu merencatkan patogen/bakteria jahat dalam persekitaran.







للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
PALMA Berpotensi Jadi Hub Effective Microorganisms #FELDADihatiKU #SahabatFELDA Daeng Selili Rating: 5 Monday, 28 March 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!