Friday, 11 March 2016

Najib Razak Kagum Dengan Kecekalan Anak Felda Dari Kelantan #FeldaDihatiKu #SahabatFelda

Penjelajah Negara ke Kutub Selatan, Shahrom Abdullah telah berjaya melengkapkan misi Ekspedisi Kelab Eksplorasi 7 Benua (KE7B) merentas Kutub Selatan 2015. 



Dalam tempoh 37 hari diperlukan untuk beliau berjaya sampai ke kawasan bertanda yang menjadi titik pusat Kutub Selatan pada pukul 4.30 pagi Sabtu waktu Malaysia (5.30 petang Jumaat waktu Kutub Selatan).

Shahrom yang berumur 36 tahun, anak jati Felda Chiku, Gua Musang, Kelantan menamatkan misi itu dengan berski dari Messner Inlet ke titik sifar darjah Kutub Selatan sejauh 890 kilometer.

Shahrom mencipta satu lagi rekod baharu bagi anak Malaysia di persada antarabangsa sebagai rakyat Malaysia pertama merentas benua Antartika dengan berski sejauh hampir 1,000 kilometer. 

Gambar File : Union Galcier

Shahrom memulakan ekspedisinya pada 9 Disember 2015 tahun lalu selepas tarikh asalnya tertangguh selama dua minggu akibat masalah penerbangan dari Union Glacier ke Messner Inlet kerana cuaca tidak mengizinkan. Ekspedisi KE7B Rentas Kutub Selatan 2015 itu dilancarkan Perdana Menteri pada Julai tahun yang sama.

Keberanian dan kecekalan saudara Shahrom ini mendapat perhatian dan penghormatan dari Perdana Menteri Malaysia semasa menghadiri majlis perjumpaan bersama Perdana Menteri petang semalam.

Antara ucapan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Perdana Menteri Malaysia berbunyi :

"Saya kagum dengan kecekalan anak jati Felda dari Kelantan ini yang berjaya melengkapkan misi berski merentas Kutub Selatan.

Perjalanan sejauh 890 kilometer ini tidak mudah, apatah lagi menyesuaikan diri dengan cuaca ekstrem yang SANGAT sekali berbeza dengan negara kita. 

Saya berharap semangat Shahrom Abdullah dapat dicontohi belia negara agar tidak gentar dengan sebarang cabaran."




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Najib Razak Kagum Dengan Kecekalan Anak Felda Dari Kelantan #FeldaDihatiKu #SahabatFelda Daeng Selili Rating: 5 Friday, 11 March 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!