Tuesday, 22 March 2016

Misi Pencarian #MH370 Diteruskan Atau Dihentikan Selepas Mesyuarat Bersama - Datuk Seri Liow Tiong Lai

Malaysia, China dan Australia belum memutuskan untuk memberhentikan atau meneruskan operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sehingga diputuskan dalam mesyuarat diantara ketiga tiga negara ini. Ini kerana misi pencarian MH370 ini dijadualkan bakal tamat pada akhir Jun 2016.


Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata mesyuarat itu, yang akan dihadiri menteri berkenaan dari ketiga-tiga negara terbabit, akan membuat keputusan dengan mengambil kira nasihat teknikal daripada pasukan pakar satelit.

“Berdasarkan analisis sebelum ini, pasukan pakar telah menentukan bahawa kawasan berkeluasan 120,000 kilometer persegi (di Lautan Hindi) sebagai kawasan pencarian utama yang merangkumi 99 peratus kebarangkalian laluan penerbangan.

“Setelah operasi pencarian di kawasan yang mempunyai kebarangkalian kedudukan pesawat itu tamat, maka operasi pencarian selesai dilaksanakan sepenuhnya,” katanya semasa menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, lapor portal BNBBC.my semalam.

Katanya pasukan pakar satelit itu terdiri daripada Air Accidents Investigation Branch, National Transportation Safety Board, Australian Transport Safety Bureau, Boeing, Australian Defense Science and Technology Organization, Inmarsat dan Jabatan Penerbangan Awam Malaysia.

Fakta Pesawat 

Jenis: Boeing 777-200 
Tarikh Pelancaran: Jun 1995 
Jenis Engin: PW4077, RR 877, GE90-77B 
Jumlah Dimiliki MAS: 15 Buah 

Model Boeing 777-200 tidak pernah terlibat dalam sebarang kemalangan udara sehingga penerbangan Asiana mendarat cemas di Lapangan Terbang San Francisco mengorbankan tiga remaja perempuan China pada Julai 2013.

Ringkasan tragedi MH370

Pesawat Malaysia Airlines dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang kira-kira pukul 2.40 pagi, awal Sabtu (8 Mac 2014, Waktu Malaysia) Penerbangan MH370 itu membawa 239 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal Malaysia Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan pesawat Boeing 777 itu tersebut berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu dan dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi Sabtu.

Pihak MAS mengeluarkan kenyataan media bahawa mereka berusaha menghubungi ahli keluarga 239 penumpang dan anak kapal penerbangan. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari turut mengesahkan penumpang-penumpang adalah dari 15 negara termasuk China, Indonesia, Australia, Perancis, dan Malaysia Pada masa yang sama, pihak Malaysia Airports Holdings Berhad menyuruh orang ramai berhenti membuat spekulasi mengenai kejadian susulan beberapa spekulasi di laman sesawang Facebook dan Twitter

Pesawat itu kemudiannya diumumkan berakhir di Lautan Hindi dengan usaha pencarian di kawasan seluas 120,000 kolimeter persegi dijangka selesai pada Jun ini.



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Misi Pencarian #MH370 Diteruskan Atau Dihentikan Selepas Mesyuarat Bersama - Datuk Seri Liow Tiong Lai Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 22 March 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!