Tuesday, 15 March 2016

#MH370 Penemuan Objek Di Mozambique dan Pulau Reunion Masih Dalam Penelitian - Datuk Seri Liow Tiong Lai

Dalam dua minggu ini dikhabarkan ada sebanyak tiga keping serpihan yang didakwa milik pesawat yang hilang MH370 ditemui di Mozambique dan Pulau Reunion di Perancis.

Walaubagaimanapun pihak berkuasa mengingatkan kepada semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi yang bakal menyentuh perasaan dan hati rakyat Malaysia terutama kepada waris waris mangsa.

Berdasarkan laporan, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kesemua serpihan yang ditemui itu masih dalam proses penelitian oleh pasukan pakar termasuk daripada Malaysia.


Dalam kenyataannya semalam, Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu bahawa penemuan pertama yang dijumpai di Mozambique telahpun dibawa ke Malaysia oleh sepasukan daripada Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA), Pasukan Penyiasatan Keselamatan MH370 ICAO Annex 13 dan Malaysia Airlines (MAS). 

Dan ia kini berada dalam jagaan pasukan Penyiasatan Keselamatan MH370 untuk proses penelitian dan siasatan.

Daripada itu, ditemukan objek kedua yang juga dijumpai di Mozambique oleh penduduk tempatan dan kini sedang berada di Afrika Selatan dalam proses untuk dibawa ke Malaysia. 


Pihak DCA telah berhubung dengan pihak penguasa di sana bagi menyempurnakan proses penghantaran tersebut. Pasukan yang terdiri daripada DCA, Penyiasatan MH370 dan MAS dijangka akan berlepas ke Afrika Selatan untuk mengambil serpihan berkenaan.

Ketika ini disahkan objek tersebut selamat berada dalam jagaan pihak berkuasa DCA di Afrika Selatan.

Setelah kedua-dua objek ini dibawa Malaysia dan melalui proses penelitian, ia kemudiannya akan diterbangkan ke Australia untuk ujian lanjut dan pengesahan oleh sekumpulan pakar Penyiasatan untuk MH370 termasuk pakar-pakar antarabangsa, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia, Biro Keselamatan Pengangkutan Amerika Syarikat dan syarikat pengeluar Boeng.

Sementara serpihan ketiga iaitu 'flaperon' atau bahagian sayap kapal terbang yang ditemui di Pulau Reunion pada Julai lalu akan dibawa ke Perancis bagi melalui proses lanjut oleh sepasukan pakar di Perancis termasuk melibatkan Pasukan Penyiasatan Keselamatan MH370 ICAO Annex 13 dari Malaysia.

Diharap sebelum mendapat sebarang keputusan dan laporan terperinci dari pihak pihak berkenaan, kita sebagai rakyat Malaysia yang berpegang kepada adat ketimuran diharap tidak memanipulasi dan mewujudkan spekulasi yang tidak benar berkenaan penemuan ini.
#MH370 Penemuan Objek Di Mozambique dan Pulau Reunion Masih Dalam Penelitian - Datuk Seri Liow Tiong Lai Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 15 March 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!