Sunday, 6 March 2016

#MCA "Tindakan Tun Mahathir Sudah Dijangka" - Wee Ka Siong

Tindakkan Tun Mahathir bergabung dengan pemimpin pembangkang ianya sudah dijangka dan bagi Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong akui, beliau tidak terperanjat dengan tindakan mantan Presiden UMNO dan Perdana Menteri itu

Memetik ucapan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, jangkaan ini sudah diduga lantaran lengok bahasa dan tindakkan mantan perdana menteri itu sebelum ini yang cukup keras menentang kepimpinan Barisan Nasional dibawah Dato' Seri Najib Razak.

"Sebelum ini pun beliau tidak setuju dengan Pak Lah (perdana menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi) sehingga mengutuknya dan keluar parti. Kali ini dengan Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) pula. Saya tidak terperanjat.

"Apa sekalipun, kita kena hormati keputusannya. Kita kena lihat perkara ini dari sudut bagaimana Barisan Nasional (BN) perlu menghadapi apa-apa impak selepas ini dan terus bergerak ke hadapan demi pembangunan dan agenda rakyat," katanya.


Apa yang disampaikan oleh Datuk Seri Dr Wee Ka Siong ada benarnya ini berdasarkan pengalaman sebagai seorang yang senior dalam politik tindakan sedemikan rupa boleh diduga kerana kita sedia maklum hari ini semua parti mengalami masalah yang hampir sama tidak terkecuali MCA.

MCA sebelum ini dilanda krisis kepimpinan namun setelah pucuk kepimpinan diteraju oleh Datuk Liow Tiong Lain dan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, MCA dan ahlinya bersatu padu dan merapatkan barisan perjuangan mereka yang kini dilihat lebih manpan dan jauh bersedia dalam menghadapi gelombang politik tanah air.

Walaubagaimanapun tindakan Tun Mahathir ini tidak menjejaskan kepimpinan Dato' Seri Najib Razak secara total, Najib Razak yang kini masih mendapat sokongan padu dari dalam dan luar parti meskipun ada segelintir menyatakan bahawa Perdana Menteri Malaysia ke enam ini bakal melepaskan jawatanya hanyalah boleh dikatakan sebagai “Ibarat bermimpi disiang hari”





للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
#MCA "Tindakan Tun Mahathir Sudah Dijangka" - Wee Ka Siong Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 6 March 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!