Friday, 11 March 2016

MCA Teguh Dibelakang Najib Razak #MCA #RespectMyPM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Wee Ka Siong yang juga merangkap Timbalan Presiden MCA, menasihat agar rakyat diminta lebih berfikir dan berhati - hati dengan agenda pihak yang terlibat dengan 'Deklarasi Mahathir' khususnya mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang. 


Datuk Seri Wee Ka Siong telah menyuarakan kebimbangan ini sewaktu merasmikan ‘Melaka Machap Baru Food and Cultural Night’ di Machap Walk pada malam Rabu lalu. (9hb Mac 2016).

Beliau juga merasa amat hairan dengan keadaan ini yang mana pada suatu ketika, kedua-dua pemimpin itu begitu berdendam antara satu sama lain tetapi sekarang semuanya dilupakan seolah – olah tiada apa yang berlaku, hingga pelbagai pihak keliru dan hairan apakah percaturan politik yang cuba dimainkan. Tindakan Lim Kit Siang dan DAP bekerjasama dengan Dr Mahathir untuk menyingkirkan Dato Sri Najib selaku Perdana Menteri adalah amat mengejutkan.


Beliau beraggapan dan amat yakin bahawa matlamat Deklarasi Mahathir adalah untuk menjatuhkan kerajaan. Dalam keadaan sekarang seharusnya kebajikan rakyat perlu diutamakan seperti memikirkan bagaimana untuk menambahkan pendapatan rakyat dan bukannya menimbulkan masalah.

MCA selaku parti komponen Barisan Nasional (BN) akan tetap berdiri teguh di belakang Dato Sri Najib serta akan tetap setia dan menyokong BN untuk menerajui negara.

Berbalik kepada program rasminya pada malam itu, beliau berkata dengan pembukaan Machap Walk di Kampung Machap Baru yang menempatkan 146 perniaga Melayu, Cina dan India. Dijangkakan ianya akan menjadi satu pusat pelancongan baru yang di negeri Melaka. 


Dengan keunikan suasana kampong yang berusia 60 tahun ini tidak mustahil penduduknya akan mendapat limpahan ekonomi yang lebih baik khusunya dari sektor pelancongan serta secara tidak langsung ianya akan meningkatkan industri pelancongan di Melaka.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
MCA Teguh Dibelakang Najib Razak #MCA #RespectMyPM Daeng Selili Rating: 5 Friday, 11 March 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!