Tuesday, 8 March 2016

#MCA "Masyarakat Cina Mesti Terus Beri Sokongan" - Datuk Seri Liow Tiong Lai

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai menyeru kepada masyakat cina agar terus membantu dan memberi sokongan kepada MCA dalam merealisasikan misi dan visi penubuhan parti itu katanya pada hari Sambutan 67 Tahun MCA yang telah berlangsung pada 05 Mac yang lalu di Dewan San Choon Wisma MCA, Kuala Lumpur.


Kini 'Malaysia Chinese Association' (MCA) menjangkau usia 67 tahun dimana parti komponen Barisan Nasional itu cukup mendambakan sokongan masyarakat Cina. 

Pada suatu masa dahulu khususnya lepas perang dunia kedua, orang orang Cina di sini berada didalam kehidupan susah dan miskin. Namun keadaan itu mula berubah apabila usaha yang ditaburkan kan oleh mendiang Tun Tan Cheng Lock membawa masyarakat orang Cina keluar dari kepompong kedaifan dan kesusahan.

Mengenangkan kembali, Individu seperti Tun Tan Cheng Lok antara yang banyak berjasa kepada masyarakat Cina dengan memberi mereka (orang cina) bantuan dan semangat, ini adalah antara penyebabnya MCA diwujudkan.


Malangnya keadaan hari ini keadaan sudah berubah, MCA kini didalam keadaan sokongan yang rendah dari orang Cina. meskipun keadaan orang Cina dulu dan sekarang sudah berubah, namun misi MCA tetap tidak berubah, kata Liow,

“Kami komited dan releven kepada kepada kehendak rakyat Malaysia” kata Liow. 

“Ini semua akibat ketidaktentuan yang di bawa oleh ekstrimis perkauman dan agama” tambahnya lagi.

Ini lah waktu terbaik untuk mengamalkan kesederhanaan dalam tindakan dan pendirian.

“Malaysia ada lah negara berbilang bangsa dan agama yang stabil, MCA yang menjadi sebahagian dari kerajaan perlu ada kekuatan untuk meneruskan peranan nya.” kata Datuk Seri Liow.

Cuma apa yang MCA mohon dari masyarakat Cina adalah sokongan kepada MCA untuk meneruskan misi nya untuk membantu dan membawa suara masyakat Cina didalam Malaysia.

Ada kemungkinan masyarakat Cina merasakan MCA tidak cukup membantu. Namun tidak dilupakan, MCA memiliki rekod cemerlang dalam agenda memperjuangkan masyakat Cina

Jika dilihat pada bahagian pelajaran dan pendidikan, sekian lama MCA menjadi jaguh kepada hal ini.

Setuju atau pun tidak pelajaran dan pendidikan sekolah Cina menjadi teras perjuangan MCA ,ini boleh disaksikan betapa sekolah seperti Kolej Tunku Abdul Rahman yang sudah melahirkan hampir 180,000 graduan yang sangat sinonim dengan MCA.

Manakala Universiti Tunku Abdul Rahman pula sudah melahirkan 43,000 graduan semenjak tahun 2002 lagi. Ini lah antara hasil usaha MCA yang masyarakat Cina boleh saksikan sendiri.

Dalam bidang perniagaan. Juga tidak dinafikan hubungan baik antara MCA dengan para peniaga dari kalangan masyarakat cina yang tidak boleh di pisahkan.

Datuk Seri Liow Tiong Lai juga menyeru para belia beliawanis mendekati MCA agar mereka dapat membantu masyarakat bersama sama MCA.

“MCA memilih bersama kerajaan kerana sokongan masyarakat Cina di belakang nya, dan politik emosi perpecahan tidak akan membawa kemana mana pun” kata Datuk Seri Liow.

Harapanya agar masyarakat Cina merenung kembali akan hasil kerja dan usaha MCA selama ini, MCA bukan ekstrim dalam pendirian.

Sekiranya ada perkara yang tidak puas hati oleh masyarakat Cina , Pihak MCA sentiasa berlapang dada untuk berbincang. 



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
#MCA "Masyarakat Cina Mesti Terus Beri Sokongan" - Datuk Seri Liow Tiong Lai Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 8 March 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!