Wednesday, 16 March 2016

Kerajaan Tetap Teruskan Pembinaan Jajaran kedua MRT #MRT #SPAD #Prasarana

Kerajaan memutuskan akan meneruskan perlaksanaan projek pembinaan Transit Aliran Masa (MRT) laluan kedua walaupun ketika ini negara sedang menghadapi cabaran ekonomi yang sedikit sebanyak menjejaskan bajet kerajaan. 



Jajaran kedua MRT yang menghubungkan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) memulakan pembinaannya pada suku kedua tahun 2016

Dalam keadaan ekonomi dunia yang sangat mencabar kebelakangan ini kepimpinan kerajaan Malaysia berterus terusan memajukan negara ini. Antaranya insiatif Kerajaan dalam menangani keadaan sesak ibu kota akibat dari kepadatan penduduk bandar yang semakin ramai ditambah pula dengan kepesatan pembinaan pembinaan bangunan pencakar langit yang memenuhi ruang ruang di ibukota. 

Kerajaan tetap akan meneruskan pelaksanaan projek pembinaan Jajaran kedua Transit Aliran Masa (MRT). Sedikit sebanyak ia dapat memudahkan laluan cepat dan selamat pengguna MRT untuk masuk dan keluar dari pusat Bandar tanpa perlu bersesak menggunakan kenderaan sendiri.


Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak hari ini menegaskan bahawa pelaksanaan projek ini tetap akan diusahakan walaupun kita menghadapi keadaan yang cukup mencabar dalam ekonomi global. 

Keputusan ini menunjukkan bahawa negara dalam keadaan stabil dan tidak seperti digambarkan oleh sebilang pihak yang mendakwa negara kita ini dalam situasi tidak selamat atau bangkrap. Hal ini menunjukkan Kerajaan hari ini menguruskan negara ini dengan mendahulukan kepentingan rakyat dengan penuh amanah dan berhermat. 

Menurut Najib Razak, Kerajaan akan mengutamakan rancangan pembangunan dan projek-projek yang berteraskan kepentingan rakyat antaranya infrastruktur dan pengangkutan. Ini kerana pembangunan infrastruktur dan pengangkutan ini sesuatu yang amat diperlukan rakyat dibandar. 


Kerajaan mahu memastikan projek MRT laluan kedua ini ianya dapat dilaksanakan dengan lancar dan mengikut jadual kerana manfaatnya akan dirasai oleh semua penduduk bandaraya. Dan ia juga bakal mewujudkan peluang peluang pekerjaan dan menjana pendapatan kepada rakyat disamping memberi kemudahan kepada orang awam untuk berulang alik pergi menjalankan aktiviti harian apabila ia siap kelak.

MRT kedua ini juga akan membantu mengurangkan kesesakan jalanraya di sekitar Sungai Buluh - Serdang - Putrajaya dan dijangka siap dan boleh beroperasi pada suku kedua 2022. Dijangkakan pengguna kemudahan ini akan dimanfaatkan oleh 500 ribu penumpang.



Laluan kedua ini mempunyai jarak 52.2km dengan 13.5km berada di bawah tanah. Sebanyak 36 buah stesen baru sepanjang perjalanan dengan 11 stesen berada dibawah tanah. 

Keputusan kerajaan untuk meneruskan projek MRT laluan kedua ini amat bersesuaian pada masa dan ketika ini dalam kita sama sama menyokong penggunaan perkhidmatan awam yang mana kini telah ditransformasi dengan baik demi kesejahteraan rakyat.




Kerajaan Tetap Teruskan Pembinaan Jajaran kedua MRT #MRT #SPAD #Prasarana Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 16 March 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!