Thursday, 3 March 2016

Kerajaan Beri Diskaun 30% Pas Bulanan Bas Antara Bandar

Gambar Hiasan


Kenyataan Media

KERAJAAN MELANJUTKAN INSENTIF DISKAUN 30% BAGI PENGGUNA PERKHIDMATAN BAS ANTARA BANDAR

KUALA LUMPUR, 29 FEBRUARI 2016 

Kerajaan akan melanjutkan diskaun 30% bagi pengguna perkhidmatan bas antara bandar bagi laluan dari Rawang, Klang dan Seremban ke Kuala Lumpur mulai 1 Mac 2016 sehingga 31 Disember 2016.

Inisiatif yang diperkenalkan pada 1 September 2015 ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan untuk meringankan kos perjalanan harian bagi pengguna yang menetap di kawasan pinggir bandar dan yang bekerja di pusat bandar Kuala Lumpur. 

Disamping itu, diskaun ini juga bertujuan untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam secara lebih meluas dan akan memberi manfaat kepada orang ramai yang memilih pas bulanan bagi perjalanan mereka.

Pengguna yang berminat boleh membeli pas bulanan daripada pengendali pilihan, seperti tertera di jadual yang berikut:


Diskaun ini adalah tertakluk pada terma dan syarat, dan ianya terbuka untuk semua warganegara Malaysia yang menetap di Seremban, Klang dan Rawang dan bekerja di Kuala Lumpur. Borang aplikasi boleh dimuat turun melalui www.spad.gov.my. Di samping itu, borang aplikasi juga boleh didapati di kaunter tiket pengendali bas yang yang ditetapkan sepertimana dalam jadual diatas.

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Kerajaan Beri Diskaun 30% Pas Bulanan Bas Antara Bandar Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 3 March 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!