Friday, 4 March 2016

Kenapa Raja Salman Layan Najib Razak?!

Majlis menghadap dan beramah mesra Datuk Seri Najib Razak bersama Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud, semalam sekaligus membuktikan hubungan baik Perdana Menteri dengan Raja Arab Saudi itu sekaligus menjawab pelbagai cerita buruk berhubung dana RM2.6 bilion.



Menerusi Facebooknya hari ini, Najib menyatakan rasa terharu dan menerima baik pengiktirafan diberikan Raja Salman dan Kerajaan Arab Saudi terhadap hubungan antara Malaysia dan Arab Saudi yang kini berada pada tahap tertinggi.

“Pada kesempatan sama juga, saya turut mewakili Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah menyampaikan jemputan kepada Baginda Raja Salman untuk mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia.

Insya-Allah, hubungan kedua-dua negara akan terus diperkukuhkan,” tulis Perdana Menteri yang turut memuatnaik foto mereka berdua.

Pertemuan mereka disambut baik oleh beberapa pemimpin negara yang menjelaskan bahawa itu adalah bukti Najib tidak merosakkan nama Raja Arab Saudi walaupun pelbagai pihak membuat pelbagai tuduhan terhadap Perdana Menteri berhubung dana RM2.6 bilion.

Pengarah Komukasi dan Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, sekiranya dakwaan wang RM2.6 bilion bukannya sumbangan politik dan adalah penipuan, keluarga diraja Arab Saudi sudah semestinya marah dengan Perdana Menteri.



“Sepatutnya Raja Saudi marah PM kerana rosakkan nama baik keluarga mereka. Tapi sebaliknya pula yg berlaku! PM jadi tetamu kenamaan!” tulis Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu di laman sosialnya.

Dalam nada sama, Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang menulis: “Jika PM berbohong mengenai derma Arab, mengapa keluarga diraja Arab masih memberinya layanan VVIP, termasuk mengesahkan hubungan erat kedua-dua negara?”

“Raja Saudi tidak menafikan penjelasan bahawa mereka yang memberi derma. Mereka juga memberinya layanan VVIP dalam lawatan itu. Adakah WSJ akan melaporkan ini?” soalnya.

The Wall Street Journal (WSJ) sebelum ini menerbitkan beberapa laporan mengenai perkara ini dan dituduh didalangi pihak-pihak yang berkempen menentang Najib.

Sebelum ini pihak tertentu termasuk pembangkang mendakwa wang RM2.6 bilion dipindahkan ke akaun bank peribadi Najib sebelum pilihan raya umum 2013.

Sebaliknya Najib menjelaskan wang berkenaan adalah derma daripada keluarga diraja Arab Saudi.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Kenapa Raja Salman Layan Najib Razak?! Daeng Selili Rating: 5 Friday, 4 March 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!