Wednesday, 2 March 2016

Husam Kritik Pemerintahan Zaman Tok Guru Nik Aziz?

Tindakan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berterusan mempertikaikan pentadbiran Kerajaan Kelantan seolah-olah mengaitkan tadbir urus bekas Menteri Besar, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. 

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, semua isu yang dipersoalkan oleh Husam telah diputuskan ketika pemerintahan Allahyarham Nik Abdul Aziz dan ketika beliau menjadi Exco Kerajaan Negeri. 

“Jika betul Husam ikhlas dan sayangkan Kelantan serta parti, kenapa tak tanya ketika mesyuarat malah, (Husam) tak hadir mesyuarat. Apa tujuannya mempertikaikan perkara tersebut sedangkan beliau tahu semuanya diputuskan dalam mesyuarat dan berlaku pada pemerintahan Tok Guru (Nik Abdul Aziz). 

“Dia seolah-olah mempertikai pemerintahan Tok Guru dengan berbuat demikian. Ini tidak kena, membangkitkan perkara yang diputuskan ketika kita menjadi pemimpin seolah-olah kita tidak menghormati keputusan yang dibuat secara berjemaah. Sekalipun kita tak setuju, kita kena hormatinya apabila dipersetujui ramai,” katanya pada Ceramah Umum dan Isu Semasa di Kampung Gendang Lima di Labok, dekat sini, kelmarin. 

Hadir sama, Exco Kerajaan Negeri yang juga Adun Temangan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan dan Adun Pulai Chondong, Zulkifli Mamat. 

Mohd Amar berkata, dasar pemerintahan Pas tidak berubah sebaliknya berbeza gaya kepimpinan. 

Menurutnya, perubahan gaya kepimpinan adalah perkara biasa memandangkan parti perlu bergerak seiring dengan perkembangan semasa agar terus diterima rakyat. 

Mengulas lanjut, Mohd Amar yang juga Naib Presiden Pas berkata, dakwaan ‘makan’ balak oleh Husam baru-baru ini sama sekali tidak benar malah, tiada kelulusan pembalakan yang baharu diluluskan di bawah Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob. 

“Semuanya diluluskan ketika beliau jadi Exco, cuma ada yang baharu dimulakan kerja sekarang, jadi kenapa nak persoalkan sedangkan beliau tahu semua jawapannya. Kalau nak tanya, kenapa tak tanya ketika mesyuarat sebaliknya bertanya secara terbuka melalui media sosial. 


“Apa tujuannya membangkitkan perkara tersebut? kalau beliau kata kita tak pandai tadbir, kenapa hasil balak kita meningkat sekalipun tiada kelulusan baru yang dibuat malah, mendapat pujian daripada Jabatan Perhutanan kerana berjaya menunjukkan rekod pengurusan yang baik. Kita ada data dan maklumat , bukan kecek (cakap) saja,” katanya. - sinarharian




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Husam Kritik Pemerintahan Zaman Tok Guru Nik Aziz? Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 2 March 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!