Thursday, 24 March 2016

Harga Minyak Bukan Penentu Harga Tambang #SPAD

Meskipun harga minyak terkini berada dibawah harga yang jauh lebih rendah dengan sebelum ini, harga tambang bagi kenderaan awam masih tidak dapat diturunkan. Perkara ini dijelaskan sendiri oleh Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar mempunyai sebab yang rasional tersendiri kerana tidak membuat keputusan itu.


Menurut Tan Sri Syed, "Pengusaha bas (antaranya) tidak perlu menurunkan harga tiket walaupun harga minyak mentah dunia berada pada tahap terendah. Ini kerana perkhidmatan pengangkutan itu bukan hanya bergantung kepada harga bahan api semata-mata tetapi turut menanggung kos lain seperti Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kos penyelenggaraan dan skim perlindungan Insurans" ujar beliau.

Kita sedia maklum kos penyelengaraan sesebuah kenderaan bermotor boleh mencecah hingga ribuan ringgit terutamanya melibatkan alat ganti yang asli dan berkualiti tinggi yang pastinya ia dikenakan GST.

"Harga tiket sekarang rasional dan pengguna tidak kisah asalkan perjalanan mereka selamat, selesa dan terjamin," kata Syed lagi.

Jika harga tambang dimurahkan mengikut pasaran harga minyak dan ini bakal menyebabkan syarikat pengusaha perkhidmatan ini akan membuat alasan mudah membeli alat ganti tidak tulen untuk membaikpulih kenderaan mereka dan secara tidak langsung bakal mengundang risiko yang tidak diingini.

Mengubah sesuatu harga tambang bukan satu tugas mudah bagi SPAD memandangkan ia melibatkan banyak pihak seperti syarikat pengendali dan persatuan persatuan pemandu kenderaan awam. Jika semudah mengunakan harga minyak sebagai sebab utama harga tambang perlu diturunkan, apa yang bakal terjadi pada masa hadapan jika harga minyak tiba tiba melambung dua atau tiga kali ganda? Ini pastinya memberikan tekanan yang teruk kepada pengguna perkhidmatan awak diketika itu.

Negara kita bukan sebuah negara yang boleh mengawal harga petrolnya tidak seperti dahulu yang mana kerajaan memberikan subsidi kepada setiap liter petrol yang dibeli.

Dewasa ini, teknologi dalam perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas semakin bertambah baik, pengusaha bas perlu menaik taraf sistem keselamatan seperti memasang alat peranti sistem pemantau global (GPS) contohnya. Dan sudah semestinya penambaikkan ini memerlukan kos dan ini dilakukan demi kebaikkan dan keselamatan para penumpangnya. 

Harga Minyak Bukan Penentu Harga Tambang #SPAD Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 24 March 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!