Friday, 11 March 2016

Guru Disiasat Muat Naik Video Lucah

Seorang guru di Sandakan, Sabah disiasat kerana didakwa memuat naik video lucah untuk tatapan anggota kumpulan WhatsApp yang diwujudkannya.

“Kami telah mengenal pasti guru terbabit, bagaimanapun perkara itu masih dalam peringkat siasatan.

“Sebagai seorang guru, perbuatan tidak bermoral dan melanggar etika sebagai seorang pendidik tidak sepatutnya berlaku,” kata Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Datuk Jame Alip.

Jabatan tegasnya, tidak akan berkompromi dengan perlakuan sedemikian dan tindakan tegas akan diambil terhadap guru itu jika terbukti melakukan perbuatan tidak bermoral yang jelas mencemarkan nama baik jabatan serta profesion guru. - 11.03.2016 

Gambar hiasan
Zaman serba canggih dan moden ini semua maklumat dan hiburan dihujung jari, akan tetapi seperti kes yang berlaku di Sabah ini bukan hanya tertakluk kepada golongan guru malah semua lapisan masyarakat sewajarnya meningkatkan tahap kesedaran kita sebagai orang timur terutama yang beragama Islam.

Sudah jarang sekali kita mendengarkan kiasan "Kita Orang Timur" berbanding "Ore Pata Timur" (slogan team bola kelantan dan terengganu). Dan semenjak berleluasanya internet dan segala medium media sosial sikap ketimuran kita semakin terhakis. 

Sikap saling hormat menghormati semakin nipis malah tidak kurang hebatnya gaya bahasa dan video atau gambar yang menjolok mata dimuat naik di media sosial, jika dulu hanya artis atau model sahaja berpelakuan sebegitu, zaman ini..

Nauzubilllahiminzalik..

Kepada ibu bapa sila pantau anak anda, kepada si isteri sila pantau suami anda..he he he



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Guru Disiasat Muat Naik Video Lucah Daeng Selili Rating: 5 Friday, 11 March 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!